Rokok memang syok, digemari oleh lelaki macho. Rokok memang menampakkan seorang lelaki kelihatan begitu 'cool' dan menenangkan fikiran. Tapi, dalam tak sedar, rokok ni begitu bahaya sekali.
Asap rokok mengandungi carbon yang melekat pada dinding salur pernafasan (trachea, bronchus dan bronchiole), dan alveoli (liang pernafasan terakhir pada paru paru yang membentuk paru paru yang boleh dilihat dari luar paru paru). Carbon ini di'makan' oleh sel histiocyte di paru paru kemudian dibawa ke dalam nod limfa (lymphatic node) dan boleh mengakibatkan kerosakan pada organ ini. kerosakan pada organ ini kemudian menyebabkan air pada paru paru tak dapat mengalir keluar seterusnya mengakibatkan paru paru berair. Antara tanda tanda yang boleh dilihat ialah kesusahan bernafas (dyspnoea), dan batuk batuk.
Asap rokok yang panas dapat memusnahkan banyak sel pada rongga mulut dan saluran pernafasan. Ini menyebabkan tisu yang terdapat di rongga ini musnah dan terpaksa diganti dengan tisu lain dalam masa yang singkat. Sekiranya hal ni berterusan, sel badan terpaksa mengadaptasi keadaan ini dengan menukar jenis sel yang terdapat di rongga pernafasan kepada sel jenis lain (squamus cell). Squamus cell tidak mampu untuk menggerakkan mukus (kahak yang secara normalnya dihasilkan di saluran pernafasan) menyebabkan mukus yang terhasil ini tidak dapat dibawa keluar dari rongga pernafasan. Apabila perkara ini berlaku, kuman secara mudahnya dapat membiak di dalam mukus ini dan menyebabkan pelbagai radangparu paru (bronchial pneumonia). Apakah akan berlaku apabila seseorang menghidapi radang paru paru? Bergantung pada keseriusannya. Peringkat paling awal menyebabkan batuk batuk dan demam panas, dan peringkat terakhir ialah.. kematian.
Kepanasan asap rokok seperti yang kita tahu, boleh menyebabkan pertukaran jenis sel kepada jenis sel yang lain. Namun, sekiranya seorang perokok tetap tak mahu berhenti merokok, sel sel ini boleh menjadi 'dysplastic' (tidak matang). Sel tidak matang ini merupakan sel kanser. Sel kanser dapat membiak dan memasuki salur darah seterusnya berhijrah ke organ lain dan menyebabkan gangguan sistem badan. Tumor yang terbentuk di saluran pernafasan juga boleh menyebabkan saluran pernafasan tersekat dan boleh mengakibatkan kematian.
Kesan yang lebih merbahaya ialah kepada penghisap rokok yang kaki botol. Alkohol boleh merosakkan lapisan mukosa (kahak) pada mulut dan saluran makanan (esophagus) seterusnya melemahkan pertahanan badan terhadap serangan asap rokok. Secara ringkasnya, kaki botol lebih lagi cenderung mendapatkan kanser akibat merokok.
Itu baru kepanasan asap rokok, belum lagi bahan bahan kimia yang terkandung di dalamnya. Dianggarkan sebanyak 3000 jenis bahan kimia yang boleh didapati dari rokok. Bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok terdiri daripada nikotin, tar, karbon dan karbon monoksida. Karbon secara sendirinya tidak dapat mendatangkan banyak bahaya kepada si penghisap rokok, tapi, sekiranya digabungkan bersama tar, boleh menyebabkan kanser paru paru.
Profesor Steiner dari Hospital Fakulti Hradec Kralove Czech Republic berkata " Satu batang rokok dapat memendekkan jangka hayat seorang sebanyak 5 minit, jadi kita boleh pilih untuk berseronok dengan rokok atau menyelamatkan nyawa kita". Tambahan pula, jika seseorang itu menghabiskan 5 minit untuk menyedut asap rokok, maka jumlah masa kehidupan yang dikorbankannya untuk sebatang rokok ialah 5 + 5 = 10 minit!
Itu saja?
Belum lagi, rileks dulu, banyak orang kata rokok tidak baik untuk jantung. Betulkah itu? Sememangnya. Bahan kimia dalam rokok adalah agen yang sangat kuat menyebabkan peningkatan tahap kolesterol jahat dalam badan (lipoprotein berdensiti rendah, LDL). Atas sebab ini, banyak kolesterol jahat berlegar legar dalam badan perokok dan mencari tempat untuk berehat. Maka, kolesterol jahat ini akan berehat di arteri tertentu seperti di kepala, koronari (jantung), peha, dan arteri di bahagian perut (abdomen). Akibatnya, sering kali kita mendengar golongan perokok menghidap sakit jantung akibat salur darah tersumbat. Semuanya disebabkan menghisap rokok. Sepertimana yang kita tahu, salur darah jantung amat penting untuk membekalkan darah pada jantung. sekiranya ia tersumbat, jantung kekurangan bekalan darah dan penghidap penyakit ini akan berasa amat amat sakit di bahagian dada akibat sebahagian jantung telah pun mati.
Disebabkan rokok boleh mendatangkan bencana yang amat besar kepada manusia, kesatuan Mufti Selangor telah mengharamkan menghisap rokok kepada seluruh umat Islam seperti berikut:
(1) | Merokok adalah haram |
(2) | Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa -apa jenis rokok. |
(3) | Bagi maksud fatwa ini , " rokok " ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya. |
Oleh itu, dinasihatkan agar kita cuba berhenti merokok. Berhenti merokok dapat dimulakan dengan menggantikan rokok dengan gula gula getah mengandungi nikotin yang boleh didapati di farmasi dan kedai ubat. Sedikit demi sedikit perokok akan mengurangkan kandungan nikotin harian yang diambil seterusnya menghilangkan tabiat buruk merokok dari kehidupan..




