Antara Sebab Allah Mengharamkan Perbuatan Zina Dari Sudut Perubatan



وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا 
Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Assalamualaikum semua, saya rasa nak berkongsi apa yang saya pelajari dari kelas tentang penyakit bawaan seks (STD). Allah SWT berfirman di dalam Alquran, bahawa manusia wajib menjauhi zina, jangan sekali kali mendekatinya . Sebelum ini saya selalu juga tertanya tanya kenapa agaknyalah Allah SWT membuat hukum yang sedemikian? Kawan kawan saya kata, Allah SWT mengharamkan zina untuk menjaga nasab keturunan, supaya piramid keluarga menjadi teratur dan kebajikan umat islam terpelihara. 
Tahun ini, saya belajar microbiologi, dan saya dapat pelajari begitu banyak kesan seks bebas terhadap kesihatan. Ya walaupun seks adalah menarik dan menghiburkan sesetengah pihak namun, kesannya kepada kesihatan amat besar. Mungkin sebab itulah Allah mengharamkan perlakuan seks bebas. Ataupun, Allah SWT menunjukkan kemurkaan Nya kepada orang orang yang ingkar dengan menurunkan penyakit penyakit merbahaya.
Antara penyakit yang amat merbahaya ialah Syphilis, dimana seorang akan mengalami 3 peringkat jangkitan:
1. Chancre, 2. general systemic reaction, 3. Tiada simptom, 4. Tertiari syphillis
Pada peringkat pertama, Chancre akat terbentuk pada alat kelamin dan jari, macam ini:

Kemudian, akan terdapat ruam pada seluruh badan. Peringkat ketiga pula tidak menunjukkan sebarang simptom pada penghidap syphillis. Pesakit akan berfikir seperti segalanya sudah berakhir. Tapi kemudian datang peringkat ke empat iaitu peringkat paling merbahaya melibatkan saraf dan salur darah besar:
Salur darah di leher/ dada mengembang dan tunggu masa nak meletup


Gambar dari: s3.hubimg.com
Radang Otak (meningitis)


Gambar dari: 2.bp.blogspot.com
Gumma (pipi berlubang)

Antara penyakit lain ialah AIDS (Acquired ImmunoDifficiency Syndrome)
Individu yang dijangkiti HIV tidak menunjukkan sebarang tanda selepas jangkitan. Hanya pada awal awal sahaja mendapat demam. Namun setelah 4 hingga 10 tahun berlalu, individu itu akan mendapati dirinya amat mudah terkena penyakit akibat imuniti yang rendah. Pesakit boleh mendapat maut hanya dengan jangkitan biasa seperti selesema.
Antara tanda tanda AIDS ialah Kaposi Sarcoma (Kanser):
Kaposi sarcoma (hemangiosarcoma)

Penyakit lain ialah jangkitan Human Papilloma Virus (HPV). virus ini boleh menyebabkan kanser serviks pada perempuan. Banyak perempuan di Eropah mati akibat kanser serviks ini. Vaksin untuk mengelakkan penyakit ini (Gardasil) sendiri telah banyak membunuh ramai wanita yang cuba mendapatkan perlindungan dari penyakit bawaan seks ini.
Gambar dari: e-cervicalcancer.com
Menunjukkan kanser pada serviks yang berkemungkinan besar membentuk tisu baru di tempat lain (metastasis)

Condyloma Acuminatum (ketuat anogenital) pada kemaluan lelaki dan perempuan

Gardasil, sejenis vaksin yang kontroversi (Lihat Youtube)

Penyakit seterusnya ialah Hepatitis B. Penyakit ini mengakibatkan kerosakan sel dan basal membrane di hati dan pembentukan 'granulation tissue'. Ini mengakibatkan 'Liver cirrhosis' dimana hati tidak dapat mengalirkan darah, menyebabkan air berkumpul di dalam peritoneum (abdomen [perut orang melayu cakap]). Jadi akibatnya, perut membuncit akibat dipenuhi air. Ini dipanggil ascites. Urat darah (vein) dapat dilihat dengan jelas dari permukaan kulit. Individu yang terkena penyakit ini, hatinya sudah rosak dan tidak mampu untuk menghasilkan hempedu, tidak mampu me-nyah-toksik (buang toksik dari badan). Akibatnya, individu ini akan mati.
Gambar dari: www.idph.state.il.us
Lelaki yang mendapat liver cirrhosis (kerosakan hati) akibat hepatitis B virus

Adalah menjadi tanggungjawab saya menyampaikan informasi tentang panyakit penyakit ini kepada orang ramai agar setiap orang dapat menjauhi perbuatan maksiat zina, kerana tanda tanda kemurkaan Allah terhadap orang yang melanggar perintah Nya amat jelas sekali..








 
Hak Milik KesihatanOnline.Com. Powered by Blogger.