Peratusan agak tinggi jantung berlubang ni berlaku pada bayi baru lahir. Biasanya ia berlaku pada bahagian atrium (di mana lubang ovale tidak tertutup). Sewaktu dalam rahim ibu, lubang ovale ini tidak tertutup kerana ia membenarkan darah mengalir dari atrium kiri ke kanan untuk membolehkan paru paru bayi dalam rahim terbentuk dengan sempurna. Biasanya bayi bayi yang dilahirkan dengan lubang ovale yang tidak tertutup ini akan tertutup juga lubang di jantung mereka secara semulajadi dalam masa satu tahun selepas kelahiran. Namun, ada di kalangan bayi ini yang tidak tertutup lubang jantung mereka. Maka mereka dikatakan bayi jantung berlubang (atrial septal defect - ASD).

Gambar dari: Wikipedia
Bahayakah jantung berlubang ni? Ya, sememangnya bahaya. Apabila jantung berlubang, maka terdapat komunikasi darah dari sebelah kiri jantung ke sebelah kanan jantung. Darah dari sebelah kiri jantung beroksigen manakala darah dari sebelah kanan jantung tidak beroksigen. Apabila terdapat lubang yang menghubungkan kedua dua ruang ini wujud, maka darah beroksigen dari sebelah kiri jantung (left atrium) akan masuk ke sebelah kanan jantung (right atrium) yang tidak beroksigen.
Uh? Adakah itu merbahaya? Tidak, pada peringkat ini, kanak kanak masih belum menerima apa apa komplikasi lagi. Tetapi setelah lama menghadapi situasi ini, atrium kanan (ruang jantung sebelah kanan) menerima isipadu darah yang berlebihan dalam jangkamasa yang lama, dan ia terpaksa mengerah banyak tenaga untuk mengepam darah tersebut. Kesannya, jantung menjadi besar (hypertrophy) dan tekanan darah atrium kanan menjadi tinggi. Banyak darah akan dipam ke paru paru melalui pulmonari arteri, dan mengaktifkan sejenis pencerut (pre capillary sphinchter) pada alveoli (bahagian paru paru paling kecil). Kesannya rintangan terhadap aliran darah amat tinggi. Tekanan darah yang amat tinggi ini menyebabkan jantung kanan gagal mengepam darah selanjutnya ke paru paru. Situasi ini dipanggil Cor Pulmonale (Kegagalan jantung yang disebabkan masalah di paru paru).
Kanak kanak yang menghidap jantung berlubang dalam jangkamasa yang lama juga boleh menerima masalah paru paru berair (lung edema). Sebabnya, pencerut (precapillary sphinchter) telah tidak mampu mencerut begitu lama, dan sebahagian paru paru akan dimasuki oleh aliran darah yang amat tinggi tekanannya. Oleh sebab tekanan hidrostatik darah begitu tinggi, cecair plasma darah akan masuk ke dalam alveoli (bahagian paru paru paling kecil). Pesakit tidak dapat bernafas dengan baik, sering batuk batuk dan pernafasan begitu pantas (tachypnoea) dan dalam (hyperpnoea).

Gambar dari: Wikipedia
Selain itu, apa yang lebih memburukkan ialah, jantung kanan pesakit akan menjadi tebal (hypertrophy), akibat rintangan yang hebat dari paru paru (pre capillary sphinchter). Darah tidak beroksigen dari jantung kanan akan memasuki jantung kiri dan percampuran darah beroksigen dan tidak beroksigen ini menyebabkan hypoxia (kurang bekalan darah ke seluruh badan termasuk otak). Hypoxia boleh menyebabkan seseorang hilang fokus dalam melakukan sesuatu, pening pening, rasa gelisah dan rasa keliru. Sekiranya berlangsung dalam masa yang panjang, Tekanan separa Karbon dioksida meningkat melebihi 70 mmHg, dan menyebabkan terhentinya pernafasan dan seterusbya koma.
Gambar dari: http://my.clevelandclinic.org
Prostetik yang menutupi jantung di kedua dua ruang atrium kiri dan kanan
Jadi, bagi sesiapa yang ahli keluarganya menghidapi masalah ini, tidak perlu risau. Saya pernah melihat di medik TV kalau tak silap, IJN ada menyediakan pembedahan jantung yang non-invasive, dengan meletakkan sejenis prostetik (bahan buatan) di lubang yang menutupi lubang tersebut dari kedua dua arah (ruang kanan dan kiri jantung). Untuk maklumat lebih lanjut sila layari: