Pertama kali saya mendengar satu ayat dari Al Quran bermaksud;
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Dan negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui"
29:64
Saya merasakan persamaan yang amat tepat antara ayat ini dengan apa yang dilalui oleh manusia termasuklah diri saya pada hari ini.
Manusia biasanya sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang melibatkan permainan. Bila saya lihat di sekeliling saya termasuk diri ini, memang mudah kelihatan manusia ni melakukan kerja kerana mereka mahukan cabaran, mahu mencuba keupayaan diri masing masing, mahu bersaing dengan kawan kawan lain berlumba siapa antara mereka yang paling hebat dalam sesuatu perkara, ataupun paling tidak jika manusia itu berseorangan, dia akan melakukan pekerjaan yang mencabar dirinya sendiri seperti memasak. Semua perkara ini dapat disamakan dengan tabiat manusia yang suka bermain permainan video (video games)..
Kenapa manusia main video games? Sebabnya, mereka mahu sesuatu yang dipanggil kepuasan diri (self satisfaction). Manusia mahu merasa hebat dengan diri mereka, mahu melakukan sesuatu yang mencabar diri sendiri dan merasa puas setelah berjaya mendapatkannya.. Kebanggaan itulah sebenarnya yang banyak memotivasikan manusia untuk terus melakukan banyak perkara walaupun susah.
Apa tu permainan 'nyata'?
Permainan nyata adalah apa apa yang terdapat di alam nyata yang dapat mencabar diri kita sendiri, kreativiti kita, kesabaran kita dan sekiranya kita berjaya dalam permainan itu, kita akan merasakan sangat puas dan setengah manusia berasa bangga dengan kejayaan itu. Contoh permainan 'nyata' ialah perniagaan, dan kajian. Permainan nyata inilah yang banyak mendorong doktor doktor eropah untuk menghabiskan nyawa mereka membuat kajian semata mata untuk mendapatkan sanjungan orang ramai, mendapatkan kebanggaan nobel prize, nama mereka terpampang di majalah dengan 'impact factor' yang tinggi.
Permainan maya tu apa pula?
Permainan maya tu ialah permainan 'games' yang kita main tu macam video games tu lah..
Secara teorinya, kenapa manusia main 'games'?
Secara mudahnya, kita bermain games sebab untuk mendapatkan kepuasan dan kebanggaan diri kerana itu merupakan sifat semulajadi manusia. Perkara ini dicatat dalam teori oleh Maslow yang telah mereka satu piramid yang dipanggil piramid keperluan manusia. Keperluan manusia yang terletak di bawah piramid menunjukkan perkara asas yang semua manusia perlu capai sebelum mereka mahu mencapai peringkat kedua dan seterusnya, Peringkat paling bawah yang mahu dicapai manusia ialah keperluan fisiologi seperti makanan, kesihatan. Peringkat kedua ialah keselamatan. Peringkat ketiga ialah keperluan bersisosial dan peringkat yang paling tinggi yang mahu dicapai ialah kepuasan diri dan kebanggaan. Disebabkan masyarakat hari ini tidak ada masalah dalam keselamatan dan keperluan fisiologi, maka mereka berlumba lumba memuaskan diri mereka dan mencari kebanggaan dan nama dalam masyarakat demi untuk dipuji dan rasa dipuji, semata mata sebab itulah sifat manusia, sentiasa mencintai 'permainan'..

Piramid Keperluan Semulajadi Manusia
Mungkin, boleh jadi perbincangan saya ini tidak bertepatan dengan konteks sebenar ayat ini, namun ayat Al Quran ini mengingatkan saya kepada sifat manusia yang suka 'bermain' ini. Ia kembali mengingatkan saya bahawa permainan perniagaan saya, permainan medicine saya, permainan peperiksaan saya, hanyalah merupakan satu permainan yang tidak berharga sekiranya ia didorong oleh keinginan saya untuk memuaskan nafsu, rasa dipuji, rasa dihargai, mengejar nama dan pangkat.
Kenapa tidak berharga pula?
Ya, tidak berharga, kerana rasa puas hati itu hanya dirasai oleh kita sendiri, kita yang syok sendiri. Golongan petani yang duduk dalam sebuah kampung akan bermatian bersaing dengan pesaing kampungnnya sendiri, nak tengok siapa yang paling banyak hasil tani. Namun, perjuangan bermatian petani ini sama sekali tidak diendahkan oleh orang yang tidak mengenalinya contohnya ahli sains dari sebuah universiti. Ahli sains itu sama sekali tidak mempedulikan petani itu banyak hasil kah atau mati sekalipun. "Who cares". Setiap individu berada dalam dunia permainan mereka masing masing. Oleh itu, sekiranya kita menang dalam dunia permainan kita sekalipun, kemenangan itu tidak 'absolute', ianya ialah relatif. Kemenangan itu hanya dilihat sebagai kemenangan jika orang itu duduk sekampung dengan petani itu dan bersama sama bertani dengan nya, manakalah kemenangan saintis pula hanya dihargai oleh ahli sains lain yang bersaing dengan nya. Situasi yang sama dengan seorang budak sedang main game yang syok sendiri dengan kehebatan dirinya melawan musuh maya, padahal orang sekeliling tak heran pun..
Jadi apa kemenangan yang absolute?
Yang absolute ialah kemenangan yang sebenar benar kemenangan, iaitu kemenangan yang dianugerahkan di sisi Allah, seperti yang dinyatakan di dalam Al Quran:
Kenapa tidak berharga pula?
Ya, tidak berharga, kerana rasa puas hati itu hanya dirasai oleh kita sendiri, kita yang syok sendiri. Golongan petani yang duduk dalam sebuah kampung akan bermatian bersaing dengan pesaing kampungnnya sendiri, nak tengok siapa yang paling banyak hasil tani. Namun, perjuangan bermatian petani ini sama sekali tidak diendahkan oleh orang yang tidak mengenalinya contohnya ahli sains dari sebuah universiti. Ahli sains itu sama sekali tidak mempedulikan petani itu banyak hasil kah atau mati sekalipun. "Who cares". Setiap individu berada dalam dunia permainan mereka masing masing. Oleh itu, sekiranya kita menang dalam dunia permainan kita sekalipun, kemenangan itu tidak 'absolute', ianya ialah relatif. Kemenangan itu hanya dilihat sebagai kemenangan jika orang itu duduk sekampung dengan petani itu dan bersama sama bertani dengan nya, manakalah kemenangan saintis pula hanya dihargai oleh ahli sains lain yang bersaing dengan nya. Situasi yang sama dengan seorang budak sedang main game yang syok sendiri dengan kehebatan dirinya melawan musuh maya, padahal orang sekeliling tak heran pun..
Jadi apa kemenangan yang absolute?
Yang absolute ialah kemenangan yang sebenar benar kemenangan, iaitu kemenangan yang dianugerahkan di sisi Allah, seperti yang dinyatakan di dalam Al Quran:
[3:200] O you who believe, you shall be steadfast, you shall persevere, you shall be united, you shall observe GOD, that you may succeed.
Untuk keluar dari konteks permainan ini, kita perlu membetulkan matlamat dan niat kita agar tidak lagi kita melakukan sesuatu pekerjaan kerana sebab sebab yang remeh itu: 'memuaskan nafsu', 'rasa best dengar orang puji'..
Memuaskan nafsu itu perlu seimbang, bukanlah kita tidak boleh memuaskan nafsu dan melakukan sesuatu berdasarkan nafsu, kerana nafsu juga berperanan untuk menggalakkan seseorang melakukan sesuatu perkara dengan bersemangat. Setiap manusia diberikan kebolehan dan minat dalam perkara yang berbeza beza. Kreativiti kita juga banyak didorong oleh nafsu terhadap sesuatu perkara. Contohnya kalau kita suka buat melukis, galakkan melukis itu kerana kita suka untuk melukis, namun, jangan tanam dalam diri untuk melukis supaya orang puji kita, atau mahu dapat nama dan populariti murahan (melukis yang bukan bukan).. Kalau suka berniaga, maka galakkan nafsu berniaga itu untuk menjadikan kita lebih kreativ, lebih bersemangat nak meniaga, namun, matlamat akhirnya perlulah kerana Allah, niatkan untuk lebih bersedekah kalau lebih banyak untung, niatkan nak bekalkan barangan keperluan orang Islam tanpa begantung pada barangan orang bukan Islam yang entah halal tidak halal materialnya. Galakkan nafsu yang baik itu untuk kebaikan hidup kita di akhirat yang kekal abadi. Pastikan minat itu kita gunakan untuk membawa kita lebih dekat kepada Allah, bukan semakin menjauhi Nya..
Jangan lah 'bermain' sampai sanggup menindas orang lain. Mahu menang dalam kampung kita, mahu jadi orang paling kaya dalam negara sampai sanggup menipu orang lain, mengabaikan kebajikan orang lain, beririhati dengan kawan kawan, rasa tak senang bila nak bersedekah.. Apabila sampai tahap seperti ini, inilah yang dikatakan sebagai leka dalam permainannya..
Gambar dari: eshape.blogspot.com
Dikhuatiri di akhirat, apabila orang ramai tersedar dari permainan mereka di dunia ini mereka akan tersentak dari lamunan seperti dalam ayat di bawah ini, macam situasi ini: "mak cakap: man dah maghrib, naik rumah cepat!, man jawab: Ape dah maghrib, cepat betul..":
Pada hari mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya yang hebat), mereka merasa seakan akan hanya sebentar sahaja tinggal di dunia pada waktu petang atau pagi hari
79:46