Kepada ibu bapa, harap ambil perhatian kepada perkara ini. Panadol merupakan ubat yang boleh dibeli di kaunter ubat tanpa preskripsi daripada doktor. Oleh sebab itu, ada segelintir ibu bapa yang sering memberi anak anak mereka Panadol ini sewaktu sakit secara kerap.
Masalah Panadol ialah, ubat ini menghasilkan radikal aktif yang dapat merosakkan hati (liver). Dalam individu dewasa yang sihat, hati mempunyai keupayaan yang besar dalam menyingkirkan bahan radikal ini melalui saluran hempedu (melalui mekanisma konjugasi dengan glucorinide). Walaubagaimanapun, kanak kanak mempunyai kurang kebolehan menyingkirkan radikal ini menyebabkan pengumpulan radikal ini di hati. Kanak kanak yang amat terjejas ialah yang berumur di bawah 2 tahun kerana hati masih dalam proses pembinaan sistem perkumuhan di hati.
Sekiranya bahan radikal ini berkumpul dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan kerosakan hati yang amat serius dan seterusnya menyebabkan hati tidak dapat berfungsi. hati yang tidak dapat berfungsi dapat membawa kemudaratan kepada kanak kanak tersebut sehingga boleh membawa kematian (dalam kes akut).
Disarankan agar ibu bapa memberikan anak anak mereka Panadol dalam dos yang kecil (setengah biji) atau panadol kanak kanak (Panadol for children) untuk mengurangkan kepanasan dan sakit kepala anak mereka. Panadol masih lagi digunakan dalam kanak kanak kerana alternatifnya (aspirin) tidak sama sekali boleh digunakan kepada kanak kanak. Aspirin dilarang penggunaannya kepada kanak kanak kerana ia boleh menyebabkan pendarahan otak (brain hemorrhage) kerana salur darah kanak kanak adalah lembut dan mudah dirosakkan oleh darah yang cair (dicairkan oleh aspirin apabila faktor penggumpal darah thromboxane A2 direncat).
Walaupun panadol boleh didapati di kedai kedai, ibu bapa harus prihatin dengan bertanyakan doktor agar dos yang sesuai dapat diberikan kepada anak anak untuk memastikan masalah kerosakan hati dapat dielakkan.
