*Artikel berikut berdasarkan soalan pengunjung
Gambar dari: http://www.britannica.com
Seorang pelawat ke blog saya bertanya tentang mengapa beliau menghadapi masalah jangkitan rahim dan putus haid setelah bersalin. Berikut merupakan antara jawapan yang boleh diberikan sebagai cadangan masalah yang dihadapi..
Kepada saudara yang mempunyai pandangan atau persoalan boleh komen di bawah..
Jawapan:
Saya percaya kepada cadangan yang doktor tentukan untuk pesakitnya kerana doktor lengkap dengan gambar gambar dan diagnosis sakit yang Puan alami. Walaubagaimanapun, kakak berhak mendapat informasi tentang setiap perkara yang berlaku kepada kakak..
Mungkin uri yang tertinggal dalam rahim akak dahulu menyebabkan radang di rahim dan menyebabkan demam dan kesakitan yang melampau. Sememangnya, uri yang tertinggal dalam rahim selalunya menyebabkan jangkitan. Sekiranya jangkitan itu berpanjangan (sepertimana dalam kes akak) atau juga dipanggil chronic inflammation, tisu fiber/parut akan terbentuk dan menyebabkan rahim melekat. walaubagaimanapun, itu tidak menyebabkan tanda tanya bagi saya. Apa yang saya rasa pelik ialah kenapa akak tidak lagi datang bulan?
Dan persoalan saya yang kedua ialah mengapa doktor kakak memasukkan IUCD? kerana IUCD merupakan tempat yang baik untuk membiakkan bakteria tertentu.
Antara yang berkemungkinan mengganggu sistem haid kakak ialah masalah Sheehan, namun saya tidak mengatakan kakak mengalaminya. Sheehan sindrom ialah satu masalah yang berlaku akibat gumpalan darah sewaktu bersalin masuk mengganggu kawasan otak yang mengeluarkan hormon sex. Sekiranya hormon sex ini (FSH dan LH) tidak dihasilkan maka kakak tidak boleh period. Saya harap kakak dapat merujuk kepada doktor kakak tentang masalah haid ni..
Kemungkinan kedua ialah kakak mengalami masalah oophoritis (jangkitan pada telur/ovari). Namun adalah agak mustahil untuk jangkitan itu merosakkan kedua dua ovari kakak pada waktu yang sama.
Saya benar benar harap kakak dapat bincang dengan doktor kakak tentang masalah ini. nanti sila laporkan pada saya lagi. Doktor kakak mempunyai rekod lengkap tentang kesihatan kakak sedangkan saya hanya boleh memberi nasihat daripada KEMUNGKINAN yang kakak boleh alami..