Kegagalan Hati (Liver Failure)


Gambar cirrhosis hati, diperoleh dari: nlm.nih.gov

Kegagalan hati dapat dibahagikan kepada kegagalan hati akut (serta merta) dan kegagalan hati kronik (berpanjangan). Kegagalan hati akut (serta merta) dapat dikelas kepada:

  • Kegagalan hati hyper-akut (berlaku dalam masa 6 hari)
  • Kegagalan hati akut (berlaku antara 6 hari hingga 6 minggu)
  • Kegagalan hati sub-akut (6 minggu hingga 6 bulan)
  • sekiranya kegagalan berlaku lebih dari 6 bulan maka ia merupakan kegagalan hati kronik


Masalah kegagalan hati berpunca dari banyak kemungkinan. Antara yang menyebabkan kegagalan hati ialah jangkitan kuman (virus Hepatitis B, C, Cytomegalovirus - CMV, Ebstein Barr Virus - EBV). Selain jangkitan virus, kegagalan ini juga berpunca daripada penggunaan panadol yang berlebihan selain daripada ubat anaesthetic halothan dan isoniazid (ubat batuk kering - TB). Toksik Amanita Phalloides (banyak berlaku di Czech Republic) yang didapati daripada cendawan pembunuh juga boleh merosakkan hati dan menyebabkan kematian. Selain daripada itu, Toksik yang terdapat pada nasi yang dimakan lewat selepas dimasak (Asperigilus Flavus)(banyak berlaku di Malaysia) boleh menjejaskan kesihatan hati.

Sumbatan pada vena hati (hepatic vein) juga menyebabkan kerosakan hati. Hati mendapat bekalan oksigen yang amat terhad kemudian tisu hati mula rosak dan membentuk serabut gentian (fibrosis) pada hati dan fungsi hati tidak dapat berjalan dengan baik). Sumbatan pada vena hati ini dipanggil Budd-Chiary Syndrome. Ia selalunya disebabkan oleh tumor yang bergerak ke belakang hati.

Antara penyebab kerosakan hati yang lain ialah alkohol. Alkohol boleh menyebabkan hati mengumpulkan lemak (steatosis) dan sekiranya tidak berhenti mengambil alkohol, individu tersebut boleh mendapat masalah kerosakan hati secara total (cirrhosis). Sekiranya ia masih tidak dihentikan, Cirrhosis boleh berubah menjadi kanser hati (Adenocarcinoma). Penyakit Primary Biliary Cirrhosis juga boleh menyebabkan kerosakan hati apabila antibodi badan seseorang itu melawan antigen badannya sendiri menyebabkan radang pada canaliculi salur limpa dalam hati (bile canaliculi) dan menyebabkan radang seterusnya cirrhosis (kerosakan hati secara total) dan mendorong kepada kanser hati. Penyakit metabolisma seperti Hemochromatosis (terlebih zat besi dalam badan), Wilson (terlebih zat kuprum dalam badan) juga menyumbang kepada kerosakan hati. Bagi ibu mengandung pula, HELLP sindrom yang berlaku pada ibu yang mengalami pre-eclampsia juga boleh menyebabkan kerosakan hati. HELLP sindrom ialah singkatan kepada sindrom Hemolysis, Elevated Liver function, Low Platelets

Sindrom HELLP pada wanita yang menghidapi pre-eclampsia

Ujian yang perlu dijalankan:
  • Urine dan elektrolit UnE
  • Liver function test LFT
  • Pembekuan darah (PT meningkat, INR meningkat)
  • paras glukos dalam badan. Glukos tidak dapat dibina daripada lemak yang telah terbentuk. Oleh sebab perkara ini (gluconeogenesis) tidak berlaku, maka paras glukos dalam darah menjadi rendah.
  • Ujian patacetamol. Oleh sebab paracetamol (panadol) dimusnahkan (de-toksifikasi) di hati, ia boleh digunakan untuk menentukan samada hati berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Paracetamol yang meningkat dalam darah menunjukkan bahawa hati tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh sebab itu, individu yang disahkan menghidap penyakit hati mestilah mengelakkan dari menggunakan panadol. Kanak kanan juga tidak digalakkan menggunakan panadol
  • Ujian serum CMV, EBV dan hepatitis B,C dan lain lain untuk menentukan samada ada jangkitan virus atau tidak
  • Masalah metabolisma boleh dikenalpasti dengan ujian Ferritin (hemochromatosis), Cerruloplasmin (Kuprum)
  • variasi genetik: kekurangan alpha-1 anti-trypsin (deficiency)
  • Mikrobiologi: sekiranya berlaku kembung air pada perut, maka lakukan cucukan pada perut untuk mendapatkan sampel air tersebut. Dikhuatiri terdapat bakteria pada air dalam perut ini, situasi yang dipanggil spontaneous peritonitis. Masalah ini dapat dikenalpasti dengan mengira bilangan neutrofil (sel darah putih) dalam air tersebut. >250/mm3
  • EEG menunjukkan kelewatan pada 'Evoke Potential'

 
Hak Milik KesihatanOnline.Com. Powered by Blogger.