Sindrom Usus Sensitif (Irritable Bowel Syndrome) - IBS


Gambar mneumonic dan hiasan

IBS merupakan sindrom usus sensitif yang disebabkan oleh punca yang tidak nyata. Menurut rujukan dari Oxford, ia di akibatkan oleh masalah pergerakan usus yang tidak normal dan peningkatan persepsi oleh usus terhadap impuls yang dihasilkan oleh saraf di abdomen (brain-gut axis). Beberapa metod digunakan untuk mengdiagnosa penyakit ini, namun ia tidak banyak digunakan secara klinikal kerana kesamaan masalah IBD ini dengan sindrom stres / sindrom kesakitan yang kronik.

Diagnosis:
Penyakit IBS ditentukan apabila individu yang mengalami ketidakselesaan perut merasa lega sedikit atau sepenuhnya setelah membuang air besar. Masalah ini juga seringkali dimanifestasikan dengan cirit birit dan sembelit yang silih berganti.

Masalah ini MESTI disertai dengan kewujudan: >2 kali kecemasan untuk buang air besar, atau perut kembung, atau masalah menjadi lebih teruk selepas makan.

Biasanya, masalah ini menjadi lebih serius apabila penghidapnya mengalami stres yang melampau, datang bulan, radang usus dan perut (gastroenteritis).

Tanda tanda:
Biasanya pesakit yang menghadapi masalah ini kelihatan normal sewaktu pemeriksaan, namun sedikit tekanan pada perut/abdomen akan menyebabkan ketidakselesaan pada pesakit.

Sekiranya pesakit mempunyai tanda tanda seperti berikut, dia kemungkinan menghidapi penyakit lain lain dan pemeriksaan lanjut perlu dijalankan ke atasnya:
  1. Pesakit berumur lebih 40 tahun, terutamanya lelaki,
  2. anorexia, tidak selera makan, tidak makan
  3. berat badan menyusut
  4. terjaga malam dengan kesakitan
  5. Ulser di mulut
  6. kemikal CRP, ESR, Hb, celiac serology yang tidak normal

 
Hak Milik KesihatanOnline.Com. Powered by Blogger.