Radang Prostat Akut (Acute Prostatitis) / Jangkitan Prostat


*Artikel berdasarkan soalan pengunjung

Gambar dari: Wikipedia


Prostatitis akut adalah jangkitan bakteria yang serius, berlaku pada kelenjar prostat. Jangkitan prostat adalah  merupakan situasi kecemasan. Ia perlu dibezakan daripada penyakit penyakit lain pada Prostat seperti Radang Prostat Kronik dan sindrom sakit pelvis kronik (CPPS).

Lelaki yang mempunyai penyakit ini selalunya merasa sejuk, demam, sakit di belakang di kawasan bawah dan kawasan kemaluan, kerap  kencing dan rasa perlunya segera kencing pada waktu malam, rasa terbakar (panas) atau sakit semasa kencing, sakit sakit badan, dan jangkitan saluran kencing (yang dapat dibuktikan oleh ujian makmal terhadap sel-sel darah putih dan bakteria dalam air kencing). Prostatitis akut antaranya juga disebabkan oleh biopsi terhadap prostat. 

Prostatitis akut adalah agak mudah untuk dikenalpasti disebabkan oleh simtom simptomnya yang secara langsung menampakkan ciri ciri jangkitan tersebut. Micro- organisma boleh didapati di dalam darah atau air kencing, dan kadang-kadang kedua-duanya. Bakteria Biasa yang selalu terlibat ialah Escherichia coli, Klebsiella, Proteus, Pseudomonas, Enterobacter, Enterococcus, Serratia, dan Staphylococcus aureus.  Kiraan darah menyeluruh menunjukkan peningkatan sel darah putih. Sepsis (jangkitan kuman dalam darah) dari Prostat adalah sangat jarang berlaku, tetapi boleh berlaku pada pesakit yang immunocompromised (mempunyai imuniti yang rendah); dan demam panas. Urutan prostat tidak patut dilakukan dalam pesakit yang disyaki dengan Prostatitis akut, kerana ia boleh mendorong kepada sepsis. Ujian ”per-rectum“ biasanya menunjukkan pembesaran prostat, prostat kelenjar membengkak, lebih keras dari biasa, sedikit panas, dan, di kawasan kawasan tertentu strukturnya tidak licin. Kadar C-reactive protein (CRP) adalah tinggi dalam kebanyakan kes.

Antibiotik adalah rawatan pertama bagi menyelesaikan masalah Prostatitis Akut. Antibiotik biasanya digunakan bagi menyelesaikan masalah jangkitan Prostat yang teruk dalam masa yang singkat. Antibiotik yang sesuai perlu digunakan, berdasarkan mikrob (bakteria) yang menyebabkan jangkitan.Sesetengah antibiotik mempunyai kebolehan menembusi tisu badan yang sangat lemah. Untuk penyakit Prostatitis Akut, antibiotik yang digunakan mestilah yang dapat menembusi tisu badan dengan baik kerana kelenjar prostat merupakan antara empat bahagian badan yang sukar ditembusi antibiotik termasuk otak, mata, prostat dan testis. Contoh ubat yang baik ialah ubat yang khusus untuk jangkitan salur kencing seperti dari kumpulan hydroquinolone termasuklah ciprofloxacin, dan juga dari kumpulan tetracyclines dan Sulfonamide (Ko-trimoxazole/Trimetoprim+Sulfametoxazole).

Dalam prostatitis akut, kebolehan antibiotik untuk menembusi tisu prostat tidak lagi begitu penting bagi kategori II kerana keradangan yang serius (pada peringkat II)  membolehkan antibiotik biasa untuk memasukinya dan membasmi kuman tersebut.
 Pada peringkat ini, adalah lebih penting untuk memilih antibiotik bacteriocidal (yang bertindak dengan cara membunuh bakteria secara lengkap, contohnya quinolone) dan bukannya antibiotik bacteriostatic (yang bertindak dengan cara melambatkan pertumbuhan bakteria, contohnya tetracycline).

Pesakit yang sakit teruk perlu dimasukkan ke hospital, manakala pesakit biasa boleh
 dirawat di rumah dengan antibiotik,, sambil berehat di atas katil, menggunakan ubat tahan sakit (analgesik), ubat pelembut najis, dan penghidratan (minum air secukupnya, bagi mengurangkan kesan toksik antibiotik).Sekiranya pesakit mempunyai masalah untuk kencing akibat prostat yang membesar, terbaik dicadangkan agar mereka dimasukkan dengan salur bantu kencing suprapubic (memerlukan sedikit pembedahan). Sekiranya rawatan antibiotik tidak berkesan, maka doktor seharusnya sangsi dengan situasi ini. Ini mungkin bermaksud bahawa bakteria telah membentuk gumpalan nanah yang menghalang antibiotik daripada bertindak dengan baik. Tambahan pula, bakteria E. Coli membentuk membran bio yang menghalang kebolehan antibiotik untuk memasuki kawasan jangkitan.

 
Hak Milik KesihatanOnline.Com. Powered by Blogger.