Rawatan Ketuat Menggunakan Kaedah Laser



Pembedahan Laser untuk Ketuat

Gambar dari: wikipedia

Pembedahan laser menggunakan laser, untuk membakar dan memusnahkan tisu ketuat. Ia biasanya dilakukan di pejabat doktor atau klinik. Anastetik setempat atau anestetik umum boleh digunakan, bergantung kepada bilangan ketuat yang dibuang atau saiz kawasan yang dirawat.

Apa Yang Anda Boleh Jangkakan Selepas Pembedahan

Luka akan sakit selama beberapa hari selepas pembedahan laser. Masa pemulihan bergantung kepada lokasi dan bilangan ketuat yang dibuang.

Selepas pembedahan laser, hubungi doktor anda jika anda mempunyai:

Pendarahan yang berkekalan lebih daripada 1 minggu.
Demam.
Kesakitan yang teruk.
cecair (discharge) yang  berbau atau kekuningan, yang mungkin bermakna jangkitan. Pembersihan kawasan luka yang dijalankan dengan teliti membantu mencegah jangkitan.


Mengapa pembedahan laser dijalankan

Pembedahan laser boleh dipertimbangkan apabila:

Perubatan biasa telah gagal, dan pesakit merasakan amat perlu untuk mengeluarkan ketuat.
Ketuat besar atau ketuat yang telah banyak merebak.
Ketuat yang perlu dirawat semasa mengandung. Doktor anda akan mencadangkan bila masanya rawatan perlu dilakukan semasa mengandung.

Sejauh mana pembedahan laser berjaya?

Laser ‚Pulse dye‘ lebih kurang sama dengan  penyingkiran ketuat  krioterapi dan cantharidin.

Risiko

Terdapat risiko jangkitan yang berkaitan dengan pembedahan laser. Tanda-tanda jangkitan termasuk:

Sakit yang bertambah dasyat, bengkak, kemerahan, atau kepanasan.
Jalur-jalur merah yang mengelilingi kawasan ketuat
Nanah.
Demam 100 ° F (37,8 ° C) atau lebih tinggi disebabkan oleh jangkitan

Apa Yang Perlu Anda Fikirkan

Pembedahan laser:

Biasanya tidak menyebabkan sebarang parut.
Memerlukan anestetik setempat.
Lebih  mahal daripada kebanyakan kaedah lain
Tidak disyorkan sebagai rawatan awal.
Biasanya digunakan untuk ketuat yang besar dan sukar diubati.
Terdapat kebimbangan bahawa rawatan laser boleh meningkatkan risiko ketuat kembali dengan memusnahkan sistem imuniti kulit yang terlibat, membenarkan virus (Papilloma Virus) yang tidak aktif menjadi aktif.

 
Hak Milik KesihatanOnline.Com. Powered by Blogger.