Kanser Darah Putih Jenis Non-Hodgkin's Lymphoma


Dekat kawasan leher menunjukkan penbesaran nodus limfa leher.

Sebelum ini, kita telah membincangkan masalah Hodgkin's Lymphoma yang mana merupakan kanser yang dikarakteristik oleh kehadiran sel Reed-Sternberg. Non-Hodgkin Lymphoma pula adalah sebaliknya. Ia merupakan kanser sel darah putih yang tidak mempunyai Sel Reed-Sternberg dan merupakan sebuah kumpulan kanser darah putih yang di dalamnya terdapat banyak lagi pecahan. Selain itu, dalam kanser jenis Hodgkin's, sel darah putih menduduki kawasan nodus limfa sahaja, manakala dalam kanser jenis non-Hodgkin's, sel kanser bukan sahaja menduduki kawasan nodus limfa, tetapi juga menduduki kawasan lain seperti:
  1. Otak (Central nervous system)
  2. Oropharynx (tekak) dan saluran pencernaan (Internal organ)
  3. Paru paru (Respiratory)
  4. Tulang (Musculoskeletal)
  5. Kulit (Protective system: Skin)
Sebab berlakunya masalah Kanser sel darah putih jenis Non-Hodgkin's ialah kurangnya imuniti dalam badan (samada congenital iaitu bermula sejak lahir lagi, maupun acquired iaitu diperoleh selepas kelahiran), HIV, jangkitan (HTLV-1, H.Pylori)

Tanda tanda individu yang mengalami penyakit Kanser Sel Darah Putih Jenis non-Hodgkin adalah sedikit sebanyak sama seperti Hodgkin's Lymphoma walaupun intesiti-nya adalah jauh lebih sedikit. Antaranya ialah:
  1. Demam, panas badan
  2. Berpeluh berlebihan
  3. turun berat badan
  4. Kurang sel darah yang dihasilkan sumsum tulang (pancytopenia)
Ujian menggunakan ujian yang sama seperti Ann-Arbor system. Dalam orang yang menghidapi kanser jenis non-Hodgkin ini, paras Lactic Dehydrogenase (LDH) meningkat atas sebab meningkatnya proses pembinaan dan pemusnahan sel darah putih (cell turnover). Ini berlaku sekiranya penyakit ini berada pada tahap kritikal (paras LDH juga meningkat dalam peringkat kritikal Hodgkin's Lymphoma).

Secara umumnya, kita dapat membahagikan penyakit kanser darah putih jenis non-Hodgkin's ini kepada dua iaitu gred rendah dan gred tinggi.

Lymphoma Gred Rendah termasuk:
  • Follicular Lymphoma
  • MALT lymphoma
  • Lymphocytic leukemia (CLL)
  • Lymphoplasmatoid leukemia
Lymphoma Gred Tinggi termasuk:
  • Burkitt's Lymohoma "Cerv~"
  • Lymphoblastic Leukemia (ALL) "import~"
  • Large B-cell Lymphoma "Rektor"
Mantle Cell Lymphoma (sejenis Kanser darah putih) dilihat dengan mikroskop
Gambar dari: Wikipedia

Rawatan:
Untuk gred rendah, rawatan adalah seperti berikut "~Discarded staffs phenomena":
  • Chlorambucil
  • Interferon-alpha
  • Rituximab
  • Bendamustine
Untuk gred tinggi, rawatan adalah seperti berikut (CHOP):
  • Cyclophosphamide
  • Hydroxy-daunorubicin
  • Onvocin (vincristine)
  • Prednisolone
Anggaran jangkahayat:
Biasanya, pesakit yang berjaya meneruskan kehidupan melebihi 5 tahun adalah sebanyak 30%.

Sumber:
OHCM

 
Hak Milik KesihatanOnline.Com. Powered by Blogger.