Gambar ginjal
Gambar dari Wikipedia
Radang pada interstitium ginjal dibahagikan kepada dua kelas iaitu akut (berlaku dalam tempoh yang singkat) dan kronik (berlaku pada jangka masa yang lama). Masalah radang ginjal ini adalah berpunca daripada pengambilan ubat ubatan seperti NSAIDs (Aspirin, ibalgin, ibuprofen), antibiotik tertentu seperti Cephalosporins, sulphonamides, rifampicin dan ubat penggalak kencing seperti furosemide, thiazides.
Ubat ubat lain yang terlibat termasuk: allopurinol, cimetidine, amphotericin. Faktor lain yang boleh menyebabkan penyakit ini ialah jangkitan bakteria Streptococcus, Staphylococcus, Brucella, Leptospira, hantavirus.
Masalah autoimun juga boleh menyebabkan berlakunya masalah tubulointerstitial nephritis. Antaranya termasuklah SLE (systemic lupus erythematodes), glomerulonephritis dan lain lain.
Penyakit ini dimanifestasikan oleh kerosakan ginjal, kenaikan tekanan darah, atau boleh juga mengakibatkan kegagalan ginjal akut (Acute renal failure). Selain itu tanda tanda lain termasuklah demam, ruam, dan sakit sendi.
Untuk mendiagnosis penyakit ini, sampel biopsi daripada ginjal diperlukan untuk pemeriksaan di bawah mikroskop (T lymphocyte, Plasma cell dan eusinophil dikenalpasti).
Untuk merawat masalah ini, pastikan punca masalah (seperti yang di sebut di perenggan satu, dua dan tiga) dielakkan. Dan pesakit biasanya diberikan ubat prednisolone.
Sumber: OHCM
