Merokok adalah amat merbahaya kepada kesihatan. Ia menyebabkan sangat banyak kesan sampingan kepada individu yang merokok dan orang orang yang disekeliling.
Merokok boleh mengakibatkan COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease) yang membawa maksud salur pernafasan menjadi tersumbat dalam tempoh masa yang berpanjangan dan boleh membawa maut.
COPD ialah penyakit yang dikarakteristik oleh sumbatan salur pernafasan (FEV<80% daripada yang dijangkakan dan FEV1/FVC <0.7) Penyakit ini melibatkan dua pecahan penyakit yang berikut:
- Radang salur pernafasan kronik
- Emphysema (lubang dalam paru paru)
Pada kebiasaannya, pesakit yang mempunyai COPD tidak mempunyai asma kerana penyakit COPD dikatakan tidak berlaku serentak dengan asma. COPD boleh berlaku sekiranya:
- Merokok atau selalu terdedah kepada asap rokok
- Umur melebihi 35
- Menghasilkan kahak yang banyak
- Bacaan PEF diurnal yang hampir sekata (rendah) setiap hari. Ini berbeza daripada asma, yang menunjukkan bacaan variasi diurnal PEF yang rendah.
Radang salur pernafasan kronik (chronic bronchitis)
Radang salur pernafasan kronik dimanifestasi oleh batuk batuk berkahak yang berpanjangan, melebihi 3 bulan setahun dan berlaku selama sekurang kurangnya 2 tahun berturut turut. Simptom ini berkurangan sekiranya pesakit berhenti merokok.
Emphysema (lubang dalam paru paru)
Lubang dalam paru paru adalah disebabkan udara yang masuk ke dalam paru paru terperangkap dan tidak dapat keluar daripada paru paru, menyebabkan semakin banyak udara terkumpul dan membentuk bola angin yang besar (bullae). Bola angin ini boleh meletup dan menyebabkan angin keluar ke luar paru paru dan menyebabkan apa yang dinamakan pneumothorax (angin dalam dada).
Dada dipenuhi udara (barrel chest), antara kesan COPD
gambar dari Wikipedia
Individu yang menghidap penyakit COPD boleh dibahagikan kepada 2 bahagian berdasarkan keadaan fizikal:
- Pesakit Biru (Blue bloaters)
- Pesakit Pink (Pink Puffers)
Pesakit Pink (Pink Puffers)
Pesakit kelihatan berwarna pink merah jambu kerana terlalu banyak bernafas. Individu yang terlalu laju bernafas boleh mengalami penukaran warna darah menjadi lebih cerah. Individu ini bernafas dengan laju kerana terdapatnya emphysema (lubang dalam paru paru). Lubang dalam paru paru ini menyebabkan mereka tidak cukup oksigen, seterusnya menyebabkan mereka bernafas dengan lebih laju untuk mengatasi masalah sesak nafas tersebut. Disebabkan CO2 keluar dari paru paru lebih cepat berbanding kemasukan oksigen ke dalam darah, maka ini adalah salah satu perkara yang menyebabkan warna Pink yang dilihat pada kulit pesakit Pink.
Pesakit Pink
gambar oleh Netter's
Pesakit Biru (Blue Bloaters)
Pesakit Biru mempunyai masalah terlalu sedikit bernafas. Mereka bernafas sedikit kerana paras CO2 terlalu tinggi dalam darah dan paras CO2 ini tinggi dalam tempoh yang lama. Sekiranya paras CO2 terlalu tinggi dalam darah dalam tempoh yang lama, ia menyebabkan pengesan (chemoreceptor) CO2 menjadi tidak sensitif terhadap CO2 dan menyebabkan pernafasan menjadi perlahan. Pesakit Biru mempunyai paras CO2 yang tinggi dan paras O2 yang rendah. Dalam kes ini, doktor harus berhati hati dalam meberikan rawatan Oksigen.
Pesakit Biru
gambar oleh Netter's
Antara simptom simptom COPD adalah seperti berikut:
- Batuk
- Kahak
- Sesak nafas
- Nafas berbunyi (siulan/wheezing)
Antara tanda tanda ialah:
- Nafas laju
- Dada dalam keadaan nafas ditarik
- Dada naik (cricoid ke sternum <3cm)
- Dada berbunyi kosong apabila diketuk (hyper-resonant)
- Nafas berbunyi (siulan/wheezing)
- Muka biru
- kegagalan jantung Cor Pulmonale
Rawatan
- Berhenti merokok
- Ubat hilangkan kahak
- Vaksinasi terhadap Flu dan Pneumococcus
- LTOT