Penyakit Was Was


Adakah anda mengalami masalah yang was was? Adakah anda mengambil masa yang lama untuk berwudu' dan melakukan wudu' berulang ulang kali? Pernahkah anda  menangkat takbir berulang ulang kali? Sekiranya ya, maka anda mungkin mengalami penyakit was was.

Gambar hiasan (wudu')
Gambar dari wikipedia

Dalam perubatan, terdapat sejenis penyakit yang dapat menerangkan penyakit was was yang dialami oleh sebahagian masyarakat di seluruh dunia. Penyakit ini dipanggil Obsessive Compulsive Disorder (OCD)

Obsess = menghantui/obsesi (pemikiran yang selalu menghantui atau bermain di minda seseorang)
Compulsion = kewajipan (rasa perlunya melakukan sesuatu, jika tak dilakukan akan merasa resah)

Penyakit was was merupakan masalah psychiatry yang berlaku dalam 10% daripada keseluruhan penduduk di dunia ini. Ini merupakan angka yang besar. Penyakit was was ini tergolong dalam kumpulan anxiety disorder.

Antara tanda tanda seseorang itu mengalami masalah OCD ialah:

  • Selalu risau tentang sesuatu (seperti risau tangan kotor atau dijangkiti bakteria)
  • Rasa perlunya melakukan sesuatu untuk menghilangkan kerisauan itu seperti dengan mencuci tangan berulang kali walaupun tidak kotor.
  • Merasa tidak senang sekiranya tidak melakukan ritual membasuh tangan tersebut
  • Menutup pintu berulang ulang kali
  • Selalu ragu ragu adakah oven atau laptop sudah ditutup dan adakah pintu rumah sudah dikunci dan selalu berulang kali meng-cek samada pintu sudah dikunci.
  • Membuka lampu dan menutupnya berulang kali
  • Suka mengira sesuatu dan mengambil masa yang lama untuk mengiranya.
  • Menyusun alatan atau mengemas rumah mengambil masa yang lama untuk memastikan susunan adalah tepat dan tidak bengkok.
Orang yang mengalami penyakit ini biasanya tahu bahawa dia mempunyai pemikiran yang tidak sihat dan kerisauan yang tidak logik. Namun walaupun menyedarinya, dia tidak mampu menolak kerisauan tersebut. Orang yang mempunyai masalah OCD biasanya cuba melawan perasaan was was yang dirasakan sehinggakan menyebabkan pesakit OCD merasakan tertekan.

Sebagai muslim, rawatan yang sesuai untuk mengelakkan rasa was was ini adalah dengan mengetepikan dan mengabaikan perasaan was was tersebut. Kita perlu tahu bahawa was was adalah mainan syaitan. Syaitan cuba untuk menyebabkan kita was was adakah wuduk kita sudah sempurna atau belum, adakah terdapat kotoran pada seluar kita atau tidak dan adakah angkat takbir kita sah untuk menjadikan kita rasa susah untuk beribadah kepada Allah SWT. Syaitan mahu menjadikan kita hilang fokus dalam ibadah kita. Menurut Prof. Dato' Dr MAZA, was was adalah senjata syaitan gunakan untuk menghilangkan fokus kita dan untuk menyusahkan ibadat kita. Bagi yang memiliki sifat was was, berikut merupakan jawapan dari Prof. Dato' Dr MAZA:


Terdapat ubat yang boleh digunakan untuk menghilang penyakit OCD antaranya ialah ubat dari jenis Selective Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI):
  • Fluoxetine
  • Citalopram
Sebahagian pesakit juga diberikan dengan ubat tricyclic acid (TCA)

 
Hak Milik KesihatanOnline.Com. Powered by Blogger.