*Artikel berdasarkan soalan pengunjung
Seorang saudari hari ini bertanya tentang masalah kegagalan pernafasan kepada saya. Saya akui, soalan yang ditanya agak memerlukan penjelasan yang mendalam. Namun, saya akan cuba jawab dengan yang terbaik.
Organ pernafasan yang utama ialah paru paru. Udara akan masuk ke rongga pernafasan dari mulut sehingga ke liang udara kecil pada paru paru (alveoli). Pada liang kecil ini terdapatnya salur darah yang berfungsi membawa darah ke liang udara tersebut. Di liang udara ini berlakunya kemasukan oksigen dari paru paru ke darah dan berlakunya perpindahan karbon dioksida dari darah ke paru paru. Oksigen yang dibawa masuk ke dalam darah akan dibawa ke tisu badan dengan menggunakan tenaga jantung.
![]() |
| Gambar menunjukkan organ pernafasan. Alveoli adalah seperti yang ditunjukkan sebelah atas kanan. Gambar dari wikipedia. |
Kegagalan pernafasan (respiratory failure) berlaku apabila berlaku sebarang masalah dalam proses yang telah dinyatakan di atas. Kegagalan pernafasan dibahagikan kepada dua jenis iaitu kegagalan pernafasan separa (partial respiratory failure) dan kegagalan pernafasan menyeluruh (global respiratory failure). Kegagalan pernafasan separa adalah disebabkan oleh masalah yang menghalang fungsi sebahagian kawasan paru paru seperti asma, pneumonia, atelektasis, hemothorax, pneumothorax, kegagalan jantung (cardiac asthma).
Pesakit yang mempunyai kegagalan pernafasan separa biasanya akan mempunyai kandungan pH yang tinggi (alkali/alkalosis) CO2 yang rendah, kandungan O2 yang rendah/normal dan kandungan bicarbonate yang rendah. Hal ini demikian kerana penyakit penyakit yang menyebabkan masalah pernafasan separa biasanya hanya menghalang sebahagian tisu paru paru daripada menjalankan kerja mereka menukar oksigen dan karbon dioksida, manakala sebahagian tisu yang lain masih elok dan berfungsi. Disebabkan sebahagian paru paru tidak berfungsi dengan baik, oksigen yang dibekalkan kepada badan juga kurang. Kesannya, otak akan kekurangan oksigen dan otak memberi arahan kepada paru paru untuk meningkatkan kadar pernafasan (tarik dan hembus nafas seminit akan meningkat). Kesannya kandungan oksigen dalam badan kembali normal atau hampir normal.
Namun, perkara yang agak pelik berlaku kepada gas karbon dioksida. Karbon dioksida adalah sejenis gas yang perlu disingkirkan dari badan (disingkirkan dari darah ke paru paru). Ia jauh lebih mudah dikeluarkan dari darah ke paru paru berbanding mudahnya oksigen dari paru paru memasuki darah. Kesannya, sewaktu pesakit tercungap cungap kerana cuba untuk mengekalkan kandungan oksigen dalam darah, karbon dioksida keluar dari darah ke paru paru dengan kuantiti yang sangat besar. Ini menyebabkan pengurangan karbon dioksida dalam darah dan menyebabkan tanda tanda seperti kepala ringan berangin (light headed-ness), pening, dan kejang. Kegagalan pernafasan jenis ini juga boleh disebut 'respiratory alkalosis'
Jenis yang kedua pula ialah kegagalan bernafas menyeluruh, yang biasanya melibatkan seluruh fungsi menarik dan menghembus nafas (low ventilatory effort). Contohnya apabila seseorang kemalangan, dan mengalami pendarahan dalam kepala, dia tidak boleh bernafas dan ini menyebabkan carbon dioksida terlalu tinggi dalam badan. Kesannya pH menurun (lebih berasid), CO2 tinggi, dan bicarbonate banyak. Kegagalan pernafasan jenis ini juga boleh disebut 'respiratory acidosis' Antara contoh penyakit lain yang menyebabkan berlakunya masalah ini termasuk: Asma tahap merbahaya (life threatening), otak membengkak, pendarahan dalam kepala, lemah otot dada (seperti dalam kes myesthenia gravis, duchenne muscular dystrophy), ubatan seperti morphine (morfin), ubat bius, ubat sawan (anti-epileptic drugs) dan lain lain. Namun secara umumnya, semua penyakit kegagalan pernafasan separa boleh berubah kepada penyakit pernafasan menyeluruh sekiranya rawatan tidak dilaksanakan.
Sebagai panduan ringkas, saya sertakan di sini sedikit penjelasan mengenai penyakit yang disebut di atas:
Kegagalan pernafasan separa:
- Jangkitan radang paru paru (pneumonia)
- asma
- atelektasis (paru paru mengecut di sebahagian tempat)
- hemothorax (pendarahan dalam paru paru)
- Pneumothorax (Udara dalam paru paru yang boleh menyebabkan bebanan pada jantung)
Kegagalan pernafasan menyeluruh:
- asma
- otak membengkak (brain edema)
- Pendarahan dalam kepala (intracranial bleeding)
- morfin
- ubat bius
- ubat anti-sawan
Rawatan ialah dengan memberi oksigen berkonsentrasi tinggi kepada pesakit jenis separa manakala memberikan oksigen konsentrasi rendah kepada pesakit jenis menyeluruh.
Dalam jenis yang pertama, pesakit kelihatan tercungap2. dan dalam jenis yang kedua, pesakit kelihatan hampir tidak bernafas. Rawatan dalam pesakit yang kedua perlu berhati2 kerana oksigen yang serta merta boleh menyebabkan pesakit terus berhenti bernafas dan menyebabkan kematian. Oksigen konsentrasi rendah 24% perlu digunakan, dinilai kemudian ditingkatkan konsentrasinya sekiranya pesakit bertambah baik..
