Seks Tak Tahan Lama / Cepat Klimaks (Premature Ejaculation) (Ubat Kuat)


Gambar menunjukkan sistem yang mengawal ejakulasi (pancutan).

Sering kita dapat lihat iklan iklan ubat kuat dalam internet. Selalu saja mengiklankan kepada orang ramai sebagai rawatan kepada orang yang cepat klimaks (seks tak tahan lama). Apa itu seks tak tahan lama?

Ia dipanggil Premature Ejaculation (PE) dalam bahasa inggeris. Individu yang mengalaminya biasanya tidak mampu meneruskan seks kerana sudah keluar mani hanya beberapa minit bahkan saat selepas mula melakukan hubungan intim dengan isteri.

Masalah PE ini disebabkan 3 faktor utama iaitu:

  1. Masalah saraf tergangggu dalam sistem ejakulasi
  2. Terlalu over-sensitif pada rangsangan
  3. Gangguan hormon serotonin
Banyak orang terkeliru dan tertukar Cepat Klimaks (PE) dengan Kemaluan Tak Dapat Tegak (Erectile Dysfunction). Kedua duanya adalah jauh berbeza. Erectile dysfunction adalah masalah dimana kemaluan pesakit tidak dapat tegak walaupun dengan rangsangan. Ini biasanya disebabkan oleh salur darah pada kemaluan yang terganggu dan kencing manis (diabetes). Individu yang mengalami Cepat Klimaks (PE) dapat mengalami ereksi (tegang) tetapi masalahnya cuma mereka tidak dapat tahan lama.

Untuk merawat penyakit ini, ubat yang digunakan ialah Dapoxetin, sejenis SSRI (Selective Serotonin Reuptake Inhibitor) yang berupaya meningkatkan serotonin dalam saraf. Kos ubat adalah sekitar RM80 untuk 2 biji (2 kali guna).

 
Hak Milik KesihatanOnline.Com. Powered by Blogger.