Urtikaria - juga dikenali sebagai gatal-gatal seolah bekas gigitan nyamuk atau kulit berbintat adalah sejenis ruam yang timbul/membonjol yang boleh wujud di sebahagian badan atau di seluruh badan. Kawasan yang terjejas boleh berubah menjadi ruam yang teruk dalam masa 24 jam, dan ruam biasanya akan pulih semula dalam masa beberapa hari. Jika ia hilang sepenuhnya kurang dari masa enam minggu, ia dikenali sebagai urtikaria akut.
Urtikaria pada lengan
Urtikaria pada aiai badan
Kadang-kadang ruam boleh berterusan atau datang dan pergi lebih daripada enam minggu, boleh jadi sehingga bertahun-tahun. Doktor merujuk perkara ini sebagai urtikaria kronik.
Siapa yang terlibat dengan urtikaria?
Urtikaria adalah keadaan yang biasa berlaku. Dianggarkan bahawa kira-kira 1 dalam 6 orang akan mempunyai urtikaria pada satu ketika dalam hidup mereka.
Kanak-kanak kerap mengalami urtikaria berbanding orang dewasa. Dalam orang dewasa pula, urtikaria selalu berlaku pada golongan wanita. Urtikaria juga selalu berlaku pada orang-orang yang mempunyai rekod alahan.
Apa yang menyebabkan urtikaria?
Urtikaria berlaku apabila alergen yang menyebabkan tindak balas alergi merembeskan histamin dan bahan mediator kimia lain yang memberi kesan gatal dan merah merah pada kulit.
Bahan-bahan ini (terutamanya histamine) menyebabkan saluran darah di kawasan yang terjejas mengembang (sering menyebabkan kemerahan atau warna merah muda) dan menjadi jarang jarang. Ini menyebabkan cecair dalam darah keluar ke dalam tisu kulit menyebabkan bengkak dan gatal.
Histamine dilepaskan atas pelbagai sebab, termasuk:
reaksi alahan terhadap bahan-bahan seperti getah
pendterdedah kepada sejuk atau panas
jangkitan
kesan bahan kimia tertentu yang terdapat dalam beberapa jenis makanan dan ubat-ubatan, seperti ubat demam (NSAID)
Bahan bahan tertentu juga boleh membuat gejala urtikaria menjadi lebih teruk. Ini termasuk:
minum alkohol atau kafein
tekanan emosi
suhu panas
mendiagnosis urtikaria
Doktor secara lazimnya dapat mendiagnosis urtikaria dengan memeriksa ruam pada kulit anda.
Mereka akan menyiasat punca yang menyebabkan urtikaria tersebut supaya anda boleh mengelak dari menyentuh/ memakannya pada masa akan datang. Mereka akan menanyakan anda beberapa soalan termasuk:
bila dan di mana ia bermula
apa yang anda makan sebelum ia bermula dan butir-butir diet biasa anda
sama ada anda ada mengambil ubat baru sebelum masalah berlaku.
sama ada anda tinggal atau bekerja dengan haiwan peliharaan, bahan kimia atau sarung tangan getah
Jika doktor anda mengesyaki bahawa ia disebabkan oleh tindak balas alahan, anda mungkin akan dirujuk ke klinik alergi untuk ujian alahan.
merawat urtikaria
Dalam banyak kes, rawatan tidak diperlukan untuk urtikaria kerana ruam selalunya menjadi lebih baik dalam masa beberapa hari.
Jika kegatalan menyebabkan anda rasa tidak selesa, ubat antihistamin boleh membantu. Antihistamin boleh didapati di kaunter farmasi. Counsult dengan ahli farmasi anda untuk mendapatkan nasihat.
Ubat steroid oral untuk jangkamasa pendek diperlukan bagi kes-kes yang amat teruk.
Jika anda mempunyai urtikaria berterusan, anda mungkin akan dirujuk kepada pakar kulit (dermatologi). Rawatan biasanya melibatkan ubat-ubatan untuk melegakan gejala dan simptom gatal dan kulit berbintat, pada masa yang sama punca kepada alergi perlu dikenal pasti agar dapat mengelak urtikaria berulang lagi.
Komplikasi urtikaria
Kira-kira satu perempat daripada orang yang mengalami urtikaria akut dan satu perdua daripada orang-orang yang mengalami urtikaria kronik menghidapi bengkak pada lapisan yang lebih dalam pada kulit. Ini dikenali sebagai angioedema dan ia biasanya berlaku di bahagian yang berbeza beza di badan, seperti mata, bibir dan alat kelamin.
Ubat-ubatan seperti antihistamin dan kortikosteroid oral (tablet) boleh digunakan untuk melegakan bengkak tersebut.
Steroid dalam bentuk suntikan mungkin diperlukan bagi kes-kes yang lebih teruk seperti angioedema. Suntikan ini biasanya diberikan di hospital-hospital atau klinik-klinik pakar oleh pakar sistem imun dan pakar alahan.