Bagaimana Menjaga Pandangan Sewaktu Melayari Laman Web




Salam alaikum kawan kawan..
Kali ini kita akan bercerita teknik bagaimana menjaga mata dari melihat perkara yang haram sewaktu melayari internet.

Bagi yang benar benar bertekad mahu mengelakkan dari melihat aurat wanita bukan  muhrim, saya cadangkan satu perkara dibuat pada komputer anda. Saya bertanya kepada kawan saya yang pakar komputer bagaimana dapat kita elakkan gambar yang tidak senonoh dari memasuki komputer kita. Jawapannya: Matikan fungsi gambar pada web-browser kita. Jadi, kita tidak lagi akan boleh melihat apa apa gambar.

Cara cara melakukannya:

Untuk operasi Google chrome;

  • Klik customize and Control google chrome (butang yang ada lambang spanar tu)
  • Klik Option, satu tab baru akan keluar
  • Klik 'Under the hood' pada panel sebelah kiri 
  • Di bahagian Privacy, klik 'Content Setting', anda akan dibawa ke bahagian privacy
  • Di di bahagian image, Klik 'Do not show any image'
  • Kemudian Keluar dari setting itu dengan menekan butang 'x'
  • Sekiranya anda mahu mengecualikan laman tertentu dari setting ini (untuk membolehkan anda mengedit laman web sendiri atau membaca blog bergambar yang dipercayai tidak mengandungi unsur haram, dll), anda boleh berbuat demikian dengan memasuki laman tersebut. Kemudian, di sebelah kiri alamat web (web address) anda akan berjumpa icon gambar yang dipangkah. Klik ikon tersebut dan klik 'Always allow this website to show image'

Untuk Operasi Mozilla Firefox dan Internet explorer, anda juga boleh berbuat demikian / seakan demikian. Sila cari artikel berkenaan "How to disable image in mozilla firefox" atau "How to disable image in internet explorer" di internet dan anda akan diajar bagaimana untuk melakukannya satu demi satu..

Semoga berjaya menjaga iman dari diserang perkara perkara yang merosakkan hati..

Bacaan lanjut:
Bagaimana Menjaga Pandangan Dari Melihat Yang Haram (Sudut Kesihatan Dan Rohani)

 
Hak Milik KesihatanOnline.Com. Powered by Blogger.