Masalah Kelenjar Tiroid


File:Illu thyroid parathyroid.jpg

Salam alaikum kawan kawan.
Minggu lepas, saya dapat seorang pesakit yang menghidap masalah hipertiroid. Hypertiroidisma (hyperthyreoidism) merupakan masalah aktiviti kelenjar tiroid yang terlebih aktif. Tiroid merupakan kelenkar yang terletak pada leher, di kawasan halkum dan boleh dirasai dengan sentuhan tangan (bagi yang biasa melakukannya).

Hypertiroidisma dapat dikenalpasti dengan keadaan leher yang kelihatan membengkak, satu situasi yang dipanggil goiter. Goiter (bengkak di kawasan halkum) boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antara yang paling biasa dijumpai ialah penyakit autoimun yang dipanggil penyakit Grave-Basedow dan tumor pada kelenjar pituitari.

Penyakit Grave-Basedow adalah disebabkan badan kita menghasilkan antibodi yang melawan sel badan kita sendiri (dalam kes ini tiroid). Apa yang pelik adalah, antibodi ini tidak sama seperti sifat antibodi pemusnah yang lain dimana, ia tidak menghapuskan sel tiroid, malah menggalakkannya untuk membesar dan menjalankan aktiviti dengan lebih aktif. Kesannya ialah seseorang itu menghidapi hipertiroidisma.

Masalah ini membawa kepada beberapa kebaikan selain daripada keburukan yang dirasakan oleh penghidapnya. Antara kebaikan yang dirasakan oleh individu tersebut ialah ia memiliki berat badan yang unggul disebalik selera makan/ tabiat makan yang tinggi. Kebanyakan orang yang mempunyai peningkatan aktiviti tiroid adalah kurus dan sangat aktif dalam berfikir dan dalam aktiviti yang mereka lakukan. Individu yang mempunnyai masalah ini mempunyai metabolisma yang amat tinggi kerana hormon tiroksin (thyroxin) menggalakkan sel badan meingkatkan aktiviti mereka. Bagi yang duduk di kawasan sejuk (eropah dll), mereka mendapat kebaikan daripada perkara ini kerana penghidap masalah ini juga turut merasakan peningkatan suhu badan.

Individu ini juga mempunyai paras kolesterol yang rendah dalam badan kerana, hormon tiroid menggalakkan pembinaan reseptor di hati yang mengesan kolesterol (LDL) dan menyingkirkannya melalui hempedu (bile). Paras kolesterol normal dalam badan ialah 5 mmol/x. 

File:Thyroid system.png

Walaubagaimanapun, hipertiroidisma bukanlah begitu menyeronokkan seperti yang disangka oleh ramai orang. Penghidap sakit ini merasakan jantung yang berdebar debar dan rasa cemas dan risau akibat tindakan hormon tiroksin (thyroxin) terhadap jantung mereka. Hormon tiroksin merupakan pencetus kepada kecekapan hormon adrenalin dalam menjalankan aktivinya terutamanya kepada jantung. Kehadiran hormon tiroksin menyebabkan hormon adrenalin semakin cekap, seterusnya hormon adrenalin ini menyebabkan lebih lagi pengaktifan reseptor beta-1 pada jantung dan menyebabkan rasa berdebar debar dan cemas. Apa yang ditakuti ialah, aktiviti jantung akan menjadi terlalu aktif boleh menggalakkan atrial fibrilation (impuls jantung menjadi kacau bilau).

Bukan itu sahaja, terlebih hormon tiroid juga menyebabkan cirit birit yang tidak disukai oleh orang ramai yang menghadapinya. Cirit birit selalu sahaja mengganggu aktiviti harian mereka. Hormon tiroksin menyebabkan pergerakan usus lebih laju seterusnya menyebabkan cirit birit, dan individu yang menghidapinya akan lebih cenderung untuk menjadi lebih kurus.. 

Badan berpeluh peluh dan rasa terlalu panas adalah perkara biasa yang dihadapi oleh orang yang menghidapi masalah ini. Tambahan pula di negara Malaysia sudah sedia panas, bukan mudah bagi orang orang ini menghadapinya..

Tekanan jantung penghidap masalah ini juga tidak normal. Tinggi pada tekanan atas (sistol) dan rendah pada tekanan bawah (diastol). Jantung terpaksa bekerja kuat untuk membekalkan darah ke seluruh badan akibat permintaan oksigen yang sangat tinggi kerana kebanyakan tisu badan mempunyai metabolisma yang amat tinggi. Jantung yang terpaksa bekerja terlalu kuat akan merasakan kekurangan bekalan oksigen (ischemia) dan seterusnya menyebabkan kematian tisu jantung (necrosis/infarct). Jadi, walaupun individu penghidap hipertiroidisma mempunyai tahap kolesterol yang mengagumkan (rendah), ia tetap tidak dapat lari dari penyakit jantung yang menunggunya ini.

Dr Smolej (MD, PhD) dari Czech Republic, seorang pakar hematologi di Hospital Fakulti Perubatan Hradec Kralove menyatakan, apa yang selalu dilakukan oleh doktor pakar yang merawat pesakit ini ialah membedah kelenjar tiroid dan membuangnya. Sesetengah pembedahan tidak berapa tepat dan menyebabkan terlalu banyak tisu kelenjar ini yang dipotong keluar. Kesannya, sebalik terlebih aktiviti tiroid, selepas pembedahan, individu tersebut mengalami kekurangan hormon tiroid pula. 

Menurut beliau, apa yang dilakukan untuk mengatasi masalah kekurangan hormon tiroksin selepas pembedahan ialah dengan memberikan pil hormon tiroksin kepada mereka dan mengawal paras hormon tersebut agar berada pada paras normal.

Selain itu, sewaktu pembedahan, pakar bedah juga selalu berusaha untuk  memotong kelenjar tiroid tanpa menjejaskan kelenkar paratiroid yang terletak di belakangnya. Namun, banyak kes yang melibatkan terpotongnya kelenjar ini akibat saiznya yang amat amat kecil, iaitu sebesar butir nasi. Oleh sebab kelenjar ini memastikan paras kalsium dalam darah adalah normal, kehilangannya menyebabkan paras kalsium dalam darah berkurang dan situasi ini amat membimbangkan kerana boleh menyebabkan banyak masalah jantung dan saraf (akibat ketidakstabilan 'Action Potential'). Doktor akan membekalkan kalsium tambahan dan hormon paratiroid sekiranya perkara ini berlaku dalam pembedahan.


Pada masa kini, rawatan radioaktif juga digunakan oleh doktor pakar bagi merawat penyakit ini. Mereka menyuntik Iodin isotop radioaktif ke dalam darah pesakit. Iodin seterusnya akan mengalir masuk ke dalam kelenjar tiroid kerana ia biasanya di simpan di sana bagi menghasilkan hormon tiroksin. Oleh sebab iodin radioaktif ini disimpan di kelenjar tiroid, maka sel pada kelenjar ini akan dibunuh oleh radioaktif tersebut dan aktiviti kelenjar akan berkurangan, seterusnya paras tiroksin kembali normal.

 
Hak Milik KesihatanOnline.Com. Powered by Blogger.