Masalah Kemurungan / Sedih / Hilang Mood (Berdasarkan Soalan Pengunjung)




Masalah kemurungan boleh disebabkan oleh banyak perkara.. Secara biologi, seseorang boleh mengalami kemungkinan berikut:

1. kekurangan hormon serotonin yang dihasilkan di kelenjar pineal (pineal gland)
2. kekurangan cathecolamin (dopamine dan noradrenaline) di bahagian otak
3. kekurangan dopamine di mesolimbic system menyebabkan rasa tidak dihargai dan tidak ceria
4. kekurangan noradrenaline dari Nucleus Raphe dan Nucleus Ceruleus (kawasan yang menghasilkan cathecolamine)
5. Kekurangan serotonin juga mempengaruhi pengurangan penghasilan dopamine dan Noradrenaline
6. kekurangan estrogen (dalam kes menopause atau tumor di kelenjar pituitari [prolactinoma], atau sindrom Sheehan selepas bersalin)
7. Kekurangan makan (kurangnya cholesterol boleh menyebabkan serotonin tidak dapat diangkut dalam darah)

Pertama sekali, saya harap yang menghadapi masalah ini dapat menerimanya dengan positif kerana musibah yang dialami ini adalah kerana Allah mahu kita untuk mendekati Nya, Allah sentiasa menyayangi kita.. Allah telah memilih kita untuk mendekatiNya, gembiralah kita dengan kesakitan yang dirasakan sekarang ini kerana pada pandangan mata manusia ia memang tidak elok, tetapi disebalik itu, Allah menyediakan rahmat yang amat bernilai iaitu redha dan kasih Nya..

Mula mula, kita mesti mengenalpasti masalah sebenar yang menyebabkan rasa murung, adakah ia berpunca dari sesuatu perkara yang ditakuti, atau yang merungsingkan, ataupun ia semulajadi, menyebabkan seseorang itu mudah terasa atau menangis.

Kemudian selepas kita mengenalpasti masalah sebenar yang menjadi punca kepada rasa murung itu, kita cuba menghilangkannya dengan memusnahkan rasa takut tersebut. Antara yang amat membantu sekiranya ada rasa takut ialah dengan menghayati ayat ini:

Orang orang (yang menaati Allah dan Rasul) yang ketika ada orang orang mengatakan kepadanya, "Orang orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kamu kepada mereka", ternyata (ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka (orang orang beriman itu) dan mereka menjawab, "Cukupkah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik baik pelindung."
Surah Ali Imran (3:173)

Baca dan hayatilah ayat AlQuran ini:

"..Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.."
Surah At Taubah (9:193)

Redhalah dengan kehendak Allah kepada kita, kerana sekiranya Allah menarik sesuatu dari kita, sebenarnya Allah memberikan yang lebih baik buat kita di akhirat iaitu balasan pahala dan syurga yang nikmatnya tidak terbatas.. tenanglah kita menghadapinya.. Bacalah zikir ini dengan hati yang rendah diri:

La haula wala Quwwata illa billah."Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.." (HR.Ibnu Hibban&Ahmad)

Lihat video ini menjelaskan lebih lanjut mengenai ayat ini, video dari bekas mufti Perlis, Prof. Madya Dr Asri:


Kadang kadang, kita akan terasa diri ini berputus asa dalam kehidupan, seolah olah dunia ini tidak bermakna lagi, seolah olah kita sudah kehilangan segalanya.. Sekiranya kita merasai yang sedemikian, maka itulah yang sebenarnya satu bentuk peringatan dan didikan kepada kita bahawa dunia ini sememangnya sedikit nilainya berbanding akhirat yang selama lamanya. Apabila kita merasakan kita kehilangan segalanya, maka inilah saat yang baik untuk kita terima kenyataan bahawa dunia ini sungguh merupakan satu tempat persinggahan yang sementara dan akhirat adalah sebenar benar tempat kembali.

Seperti mana sabda rasuluLlah mengenai kehidupan dunia ini:

“Tinggal di dunia ibarat musafir yang sedang istirahat sejenak di bawah pohon untuk kemudian pergi melanjutkan perjalanan.”

Hadis ini menerangkan bahawa dunia ini, janganlah ia terlalu merunsingkan diri kita kerana perumpamaan kehidupan kita di dunia ini adalah ibarat seorang pengembara yang berehat di bawah pokok.. Sepertimana pengembara itu berehat sebentar untuk makan dan minum serta memetik buah buahan yang ada di pohon tersebut untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanannya, seperti itu jugalah manusia yang singgah sebentar di bumi ini untuk mengambil dunia sekadar yang perlu kerana perjalanan di akhirat masih jauh.. jauh.. lagi panjang..

Sekiranya kita terlalu risau kepada hal hal dunia ini, mari kita renungkan hadis nabi mengenai dunia yang sering kita risau risaukan:

Diriwayatkan, pd suatu ketika Rasulullah saw menghadap ke suatu tempat membuang sampah (mazbalah), lalu beliau memanggil para sahabat beliau sambil bersabda: “Ayolah, kejarlah dunia”; kemudian beliau mengambil sobekan kain yg telah usang & tulang-tulang yg sudah rapuh sambil berkata: “Inilah dunia”. 

Menurut riwayat yg lain, pd suatu hari Rasulullah saw melihat kepada bangkai anak kambing yg dibuang oleh pemiliknya lalu beliau berpaling kepada para sahabatnya & bersabda: “Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi pemiliknya, demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi pemiliknya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk niscaya Allah tdk akan memberi seteguk airpun utk minuman orang kafir (menunjukkan dunia ini tidak bernilai seperti tidak bernilainya sayap nyamuk. Sekiranya dibandingkan sayap nyamuk dan dunia, maka tiada perbezaannya kerana walaupun pada pandangan manusia dunia itu banyak nilainya dan sayap nyamuk itu sedikit nilainya, namun pada hakikatnya jika dibandingkan dengan nikmat akhirat, dunia itu bernilai amat sedikit/sifar..)”

Maka redhalah dengan kehilangan tersebut kerana itu merupakan peringatan dari Allah SWT yang mahu kita mengenali siapa diri kita sebenarnya.. Apabila kita berasa risau takut takut apa yang di harapkan tidak menjadi, maka buanglah rasa risau tersebut dan serahkanlah kepada Allah..

La haula wala Quwwata illa billah."Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.." (HR.Ibnu Hibban&Ahmad)

Sememangnya manusia pada awalnya tidak mempunyai apa apa, kemudian Allah lah yang memberikan kepada mereka segala kurniaan dan kesenangan yang mereka rasai.. Redhalah dengan kehilangan itu dengan sentiasa mengingat bahawa segala apa yang ada pada kita semuanya datang daripada Allah yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani yang mahu kita kembali mengingati Nya dan yang berkehendakkan menghapus dosa orang orang yang bersabar dan redha dengan ketentuanNya..

Dari segi perubatan, rasa kemurungan ini dapat dihilangkan melalui cara cara yang berikut:

Keluar di waktu petang atau pagi di bawah cahaya matahari, kemudian lakukan senaman yang menyebabkan berpeluh dan penat (amat penat, seperti berjogging) - Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan serotonin dan cathecolamine yang amat penting untuk mengelakkan rasa kemurungan. Hormon serotonin diaktifkan oleh salurang sarah dari mata ke Nucleus suprachiasmatic ke kelenjar pineal. Selain itu, penghasilan endorphin dalaman juga dapat ditingkatkan dengan senaman, menyebabkan kita rasa amat tenang selepas bersukan.. Sewaktu bersukan, pastikan kita lepaskan segala geram kita (contohnya, jika kita berjogging (berkesan untuk saya), larilah puas2 sehingga kita dapat lepaskan geram kita). Melalui senaman juga, kita dapat membina keyakinan diri dan keterampilan diri..

Yang kedua ialah pastikan makan yang mencukupi, yang terdiri daripada kesemua jenis makanan iaitu susu, daging, buah2an, sayur sayuran, vitamin tambahan dan lemak (dan cholesterol). Makanan secara langsung dapat memberikan ketenangan kepada seseorang kerana penghasilan serotonin di bahagian otak dapat ditingkatkan.. (pastikan makan yang seimbang ini disertai dengan sukan yang berpatutan). 

Makan --> insulin meningkat --> triptophan di otak meningkat --> serotonin lebih banyak dihasilkan

Bercampur dengan orang orang yang menggembirakan seperti kawan kawan yang ceria ataupun kawan kawan yang menengangkan fikiran seperti kumpulan agama di surau (halaqah ilmu, usrah). Banyakkan bercampur dengan kawan kawan, jangan duduk bersendirian. Sewaktu saya sangat sedih dahulu, saya menyertai kumpulan usrah (agama) yang kawan kawan saya kendalikan, dan ternyata Islam adalah penyembuh segala masalah hati.. AlhamduliLlah, Allah memilih saya untuk merasakan kesedihan itu, kemudian Allah mendorong saya mendekati Nya.. Disebalik satu musibah, Allah sediakan yang lebih berharga iaitu rasa rendah hati dan redha serta hidayah Nya..

Boleh cuba minum air redbull/kopi/coklat atau makan coklat ketika sedih, kerana ia merencat sejenis enzim - phosphodiesterase - yang menyebabkan banyak cAMP kekal dalam sel badan. Kesannya ialah peningkatan sistem simpathetic, dan penghasilan catecholamine..

Berikut artikel mengenai kopi (dan yang sepertinya - coklat, air coklat, teh, nescafe, redbull +gula)

And there are research findings supporting both theories of coffee and depression, too. For example, surveys conducted at Kaiser Permanente Medical Care Program in the year 1993 stated that nurses who consumed coffee had lower risk of committing suicide as compared to non-coffee drinkers. This study was later confirmed by Dr Ichiro Kawachi, an epidemiologist at Harvard Medical School, who also studied the reactions of registered nurses between ages 34 and 59. Therefore, it was more or less concluded that the caffeine in coffee does act as a mild antidepressant. It is thought that caffeine reacts with various neurotransmitters, like acetylcholine and dopamine, and helps elevate the mood in people going through depression.

Tingkatkan aktiviti yang meningkatkan debaran jantung, agar kita dapat lari dari masalah dengan memberikan fokus kepada aktiviti yang mencabar itu seperti bermain permainan komputer, menyelesaikan masalah matematik.

Serahkanlah diri kita kepada Allah, kerana Allah sebenar benar yang memberikan rahmat kepada kita, baca doa ini selalu:

يا حى يا قيوم برحمتك استغيث اصلح لى شانى كله و لا تكلنى الى نفسى طرفه عين

Maksud: Wahai yang Maha Hidup, Yang Maha Terjaga, hanya dengan rahmat-Mu aku memohon keselamatan. Perbaikilah seluruh urusanku, janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata














 
Hak Milik KesihatanOnline.Com. Powered by Blogger.