Menjadi Gemuk Waktu Musim Peperiksaan (Waktu Exam)


Berikut merupakan soalan dari pengunjung:

"yo din, ahaks.oh ya, wa nak tnya pasal belly in abdomen, as we all know , exam period put us all under the stress condition. i read somewhere that this condition will cause the release of cortisol hormone which lead us to feel hungrier  ultimately increase our feeding behavior, yeah i did eat alot and regretting myself for having 2kg extra during this period. so, my Q is , if the statement i put above is true, can you help me on how to avoid this cortisol hormone or maybe is there any alternative way to stop eating cause i cant avoid this autonomic stressful life. oh ya kalo dah kenyang mesti ngantuk.pastu bila la nak study!!
regards"


Gambar dari: www.webwombat.com.au

Jawapan:

Dalam keadaan stres, (dalam kes exam ni) kita mmg akan menghasilkan hormon kortisol. Kesan hormon kortisol ini mmg jelas, contohnya, seseorang tu boleh mengalami kekurangan imun badan pada waktu2 exam. Sebab itulah kadang2 lepas kita 'all-out' untuk sesuatu exam tu, kita boleh dapat demam, sebab cortisol yang dihasilkan badan kita mengurangkan immune badan. Cortisol mmg merupakan salah satu daripada hormon yang terlibat dalam tindakbalas terhadap stress. Walaubagaimanapun, dalam hal kesan stres kepada pemakanan, dapat dibahagi kepada 2 (menurut Prof. Miroslaf Kuba):

1. Meningkat selera makan dan seterusnya menggalakkan seseorang makan berlebihan
2. Hilang selera makan.

Dalam kes yang pertama, meningkatnya selera makan adalah kerana sewaktu kita stress, kita akan berasa tertekan. Rasa tertekan ini pula secara efektifnya dapat dikurangkan dengan  makan. Hal ini kerana apabila kita makan, insulin akan dihasilkan. Insulin yang dihasilkan akan memastikan banyak triptophan (sejenis amino asid) dibekalkan di otak. Akibat daripada banyak triptofan, banyak serotonin dihasilkan di otak. Serotonin merupakan sejenis hormon yang dapat meningkatkan 'mood' seseorang, menjadi lebih ceria dan mengurangkan rasa stres. Jadi kesimpulannya, makan dapat mendatangkan keceriaan kepada individu individu yang mempunyai masalah/stres (termasuklah golongan pelajar).. Sebab itulah kadang kala, kita nampak banyak kawan kawan kita yang menjadi lebih tembam sewaktu musim peperiksaan.

Dalam kes yang kedua, apabila tibanya waktu peperiksaan (dalam dua tiga hari lagi nak exam), seseorang tu boleh mengalami tindakbalas stres (stress reaction) yang amat ketara, sehingga menyebabkan pencerutan arteri ke organ pencernaan, yang seterusnya menyebabkan rasa loya dan kurangnya selera makan. Sistem limbic (Limbic system) di otak yang mengawal emosi juga turut mempengaruhi hypothalamus, iaitu pusat kawalan tertinggi bagi sistem autonomi (ANS) dalam badan kita, yang seterusnya menyebabkan kekacauan dalam kawal atur pencernaan dan selera makan (satiety center [anorectic] and hunger center [orexigenic]).. Kesannya, kita tidak lalu makan dalam 4 hari sebelum peperiksaan yang menggerunkan.

Jadi bergantung kepada situasi kita, mungkin kalau kita dah mulakan ulangkaji sebulan sebelum peperiksaan, kita akan meningkat berat badan melalui proses adaptasi dalam kes yang pertama tadi.

Apa yang kita perlu lakukan?

Untuk memastikan berat badan berkekalan (ececeh, macam lah berat badan saya berkekalan), apa yang perlu dilakukan ialah menghapuskan stres yang kronik (berpanjangan) itu. Caranya ialah dengan menanamkan minat yang mendalam terhadap perkara yang kita sedang ulangkaji itu, meletakkan matlamat ulangkaji, menetapkan matlamat 'mengapa saya perlu cemerlang dalam subjek ini'. Apabila kita dapat meminatinya, kita akan hilang stres.

Cara kedua ialah dengan bersukan (kalau exam lama lagi dan kita tidak ada masa lapang). Bersukan dapat meningkatkan hormon serotonin yang dihasilkan di kelenjar pineal (pineal gland) dan menghasilkan hormon endorphin (endogenous endorphin) yang berasal dari 'precursor' pro-opio-melano-cortin. Endorphin dapat menghilangkan stres di waktu rehat kerana kesannya adalah seperti 'dadah yang baik untuk badan'..

Cara yang ketiga ialah belajar dengan rakan2, memang tidak dapat dinafikan baik untuk menghilangkan stress.

Cara yang ke empat ialah sedar apa yang kita makan. Biasalah orang nak exam ni selalunya jadual makannya tunggang langgang.. Makan banyak coklat, keropok, kacang2, sedar tak sedar makanan yang kita ambil itu banyak pula kalorinya. Jadi, lebih baik pastikan kita sarapan pagi dengan makanan separuh berat seperti nasi agar perut kenyang sampai ke tengah hari, jadi dapat kurangkan makan makanan ringan yang kalori tinggi dan kurang sihat untuk badan.

Bagi mengekalkan stamina yang tinggi waktu belajar, memang tak dapat dinafikan, bersukan merupakan perkara yang amat penting (seminggu sekali). Untuk mengelakkan mengantuk, boleh minum air Redbull/Shock/Kopi tapi mesti dalam kuantiti yang sedikit dan tidak kerap, hanya jika kita rasa mengantuk dan perlu untuk memastikan diri kita mematuhi jadual belajar strategik yang telah dirancang (bukan untuk 'stay-up' yang boleh mengacaubilaukan jadual). Kafein dalam minuman ini dapat menghalang cAMP ditukar kepada AMP dengan menrencat hormon 'phosphodiesterase'. kesan daripada banyaknya cAMP ialah rasa segar yang berpanjangan (pengaktifan sistem simpatetik)..

 
Hak Milik KesihatanOnline.Com. Powered by Blogger.