Gambar hiasan dari: V. Gersl, LFHK UK
Ubat bertindak pada badan manusia dengan merangsang reseptor tertentu yang terdapat pada sel. Reseptor merupakan salah satu kelas protein yang terdapat pada membran sel selain daripada carrier protein, enzyme protein, ion channel. Reseptor dapat dikelaskan kepada 4:
- G-coupled Protein
- Reseptor mudah
- Ligand Gated Ion Channel
- Nuclear Receptor
Apabila kita bercerita tentang ubat ubatan, kita akan selalunya bermain dengan reseptor dan ligand (ubat tersebut). Ini disebut sebagai farmakodinamik spesifik. Sekiranya ubat yang digunakan tidak bertindak melalui reseptor yang spesifik, maka ia dinamakan farmakodinamik tidak-spesifik.
Perkara yang perlu ditekankan untuk mengetahui aktiviti ubat terhadap seseorang individu ialah dengan mengetahui perkara berikut:
- Mengetahui populasi reseptor tersebut di dalam badan. Contohnya reseptor Alpha-1 boleh dijumpai di dalam otot lembut (smooth muscle) dan salur darah, manakala reseptor Beta-2 boleh dijumpai di salur darah pada bahagian otot rangka (skeletal muscle) dan paru paru. Kedua dua reseptor alpha-1 dan beta-2 terdapat pada salur darah di bahagian otot, tetapi di salur darah bahagian lain hanya terdapat reseptor alpha-1
- Mengetahui ciri reseptor tersebut. Contohnya, reseptor Alpha-1 boleh merangsang otot lembut untuk mencerut (smooth muscle contraction) manakala reseptor Beta-2 boleh merangsang otot lembut untuk relaks (smooth muscle relaxation)
- Mengetahui ciri ubat tersebut contohnya, Noradrenalin adalah ubat yang kuat untuk merangsang reseptor Alpha dan sangat lemah dalam merangsang reseptor Beta-2 manakala Isoprenaline adalah ubat yang amat kuat dalam merangsang reseptor Beta (1 dan 2) tetapi lemah terhadap reseptor alpha.
Ketiga tiga perkara ini perlu diketahui oleh pelajar dan doktor perubatan agar dapat memudahkan proses penghafalan ubat ubatan yang kita sedia maklum terlalu banyak.
Untuk mengingati nama ubat ubatan pula, adalah lebih memudahkan untuk menghafal kumpulan ubat ubatan sebelum menghafal ubat ubatan secara individu. Contohnya, Anti-acetylcholinesterase (anti-AchE) kebanyakannya diakhiri dengan -imine (physostigmine, neostigmine etc), agonis reseptor adrenergic adalah daripada rantaian (DOPA-DOPAmine-noradrenaline-adrenaline) dan dobutamine,, Alpha-1 antagonis kebanyakannya berakhir dengan -osin (Tamsulosin, Prazosin, Doxosin),, antagonis Beta-2 kebanyakannya diakhiri dengan -tolol/-olol (Acebutolol, Atenol, Metoproolol),, Agonis beta-2 kebanyakannya mempunyai suffix -but- (terbutalin, salbutamol, pirbuterol) dan -erol (pirbuterol, salmeterol, procarterol, reproterol etc).
Apa yang ajaib ialah, wikipedia ada meringkaskan perkara perkara di atas melalui jadual yang disediakan mereka seperti berikut:
Buka di tab baru untuk melihat dengan jelas. Dari: http://en.wikipedia.org/wiki/Adrenergic_receptor
Tak dapat dinafikan, untuk menghafal keempat empat ciri yang dinyatakan (ciri ubat, ciri reseptor, populasi reseptor dan klasifikasi ubatan) memerlukan teknik hafalan yang mantap. Jadi, banyakkan menghafal untuk mengasah teknik hafalan bagi membanyakkan lagi teknik penghafalan, bak kata pepatah inggeris "practice make perfect"