Ubat Bius Setempat (Local Anaesthetic) - Artikel Untuk Pelajar Perubatan



Ubat bius setempat (local anaesthetic) dapat dibahagikan kepada 4 kumpulan berikut:
1. Cocain (ubat bius semulajadi)
2. Ubat bius Ester
3. Ubat bius Amide
4. Lain lain.

Secara amnya, ubat bius setempat bertindak dengan cara mem-blok saluran protein (protein channel) yang membawa masuk garam Natrium ke dalam axon. Apabila garam natrium dihalang dari masuk ke dalam axon, Action Potential juga turut terhalang dan seterusnya merencatkan penghantara impulse dari punca kesakita ke otak.

Secara klinikal, ubat bius dikategorikan kepada:
1. Ubat bius topikal (ubat sapu)
2. Ubat bius sekitar saraf
3. Ubat bius pada punca kesakitan (infiltration anaesthetic)
4. Ubat bius tulang belakang
5. Ubat bius salur vena

Gambar di atas: Ubat bius pada periferi

Gambar di atas: Ubat bius pada spinal cord

List ubat bius secara umum
Ubat bius semulajadi:
1. Cocaine

Ubat bius Ester:
1. Procaine
2. Benzocaine
3. Tetracaine
4. Butacaine

Ubat bius amide:
1. Trimecaine (Czech origin)
2. Bupivacaine
3. Mepvaicaine
4. Lidocaine (very popular)
5. Prilocaine

Ubat bius lain lain kelas:
1. Dibucaine
2. Dyclonine Hydrochloride
3. Praxomine Hydrochloride

Ubat bius khusus untuk mata:
1. Proparacaine
2. Tetracaine

Sedikit penerangan tentang ubat bius disebut di atas:

Ubat bius semulajadi:
1. Cocaine
Digunakan semenjak dahulu lagi. Mempunyai efek merencat natrium dari memasuki axon. Boleh menyebabkan efek mengantuk, pening dan lemah, tetapi pada masa yang sama juga boleh menyebabkan efek euforia (beraksi dengan cergas) kerana tindakbalas Cocain dalam merencat kemasukan semula Noradrenalin ke dalam hujung axon. Boleh dijumpai dalam bentuk 'crack' yang digunakan oleh penagih untuk menghisap asap nya menyebabkan ketagihan. Dimusnahkan dengan Esterase dalam plasma.

Ubat bius Ester:
1. Procaine
Merupakan ubat bius ester. Amat mudah dimusnahkan oleh Esterase, oleh itu ia amat jarang menyebabkan keracunan. Sewaktu menggunakan Procaine, mesti mencampurnya dengan adrenaline bagi memastikan ia tidak larut ke dalam salur darah. Adrenaline memastikan salur darap pada kulit sentiasa mencerut melalui tindakbalas dengan reseptor alpha-1. Procaine dimusnahkan kepada PABA (para-amino benzoic acid). Sekiranya pesakit sedang menggunakan antibiotik yang merencat pembentukan PABA seperti sulfonamide, maka sila elakkan dari menggunakan Procaine. Procain TIDAK sesuai untuk kegunaan topikal.

2. Benzocaine
Adalah amat tidak larut dalam air (lipophilic). jadi, ia amat sesuai untuk kegunaan topikal (sapu atas kulit). Tidak sesuai bagi yang alergi kepada PABA dan benzocaine.

3. Tetracaine
Adalah 10 kali toksik berbanding procaine, dan 16 kali lebih efektif,, namun jangka hayatnya hanya 2 kali lebih tahan lama berbanding procaine. Oleh itu, pada dos yang selamat, ia mampu memberi kesan 1.6 kali lebih hebat berbanding procaine tetapi jangka hayatnya adalah 5 kali lebih pendek berbanding procaine.

4. Butacaine


Ubat bius amide:
1. Trimecaine (Czech origin)
Berasal dari Czech Republic, ia boleh digunakan untuk semua keadaan termasuk topikal dan suntikan. Adalah 2 kali lebih aktif berbanding Procaine, tetapi tidak mencapai 2 kali lebih toksik berbanding procaine. Bermakna ia lebih berfaedah berbanding procaine. Sekiranya dos terlebih, boleh menyebabkan ventricular fibrilation, dan mengantuk.

2. Bupivacaine
Ia digunakan pada spinal cord untuk ibu bersalin mengurangkan kesakitan sewaktu melahirkan anak. Aktivitinya amat berpanjangan dan ia menunjukkan kesan selepas 30 minit suntikan di epidura.

3. Mepivacaine
Merupakan Ubat bius yang tidak perlu disertai oleh adrenaline kerana ia mempunyai kuasa mencerut salur darah. Amat sesuai bagi pesakit yang tidak boleh toleransi dengan epinephrine seperti penghidap hipertensi atau penghidap serangan jantung.

4. Lidocaine (amat popular)
Boleh digunakan pada semua metod. Merupakan juga bahan kimia yang merawat penyakit jantung arrhythmia (anti-arrhythmic Class Ib). Dijual dalam bentuk cecair untuk suntikan dan juga dalam bentuk krim bagi merawat kegatalan selepas bercukur. Memerlukan adrenaline sebagai agen pencerut salur darah. Sekiranya adrenaline tidak digunakan, maka efek lidocaine akan cepat habis. Nama komersilnya ialah Lignocaine. Dimusnahkan di hati, oleh itu sekiranya pesakit menghadapi masalah hati, maka elakkan dari menggunakan  Lidocaine. Sekiranya terlebih, boleh mengakibatkan mengantuk, dan pening dan ataxia (masalah pergerakan).

5. Prilocaine

6. Articaine
Amat sesuai untuk operasi pergigian.

Ubat bius lain lain kelas: Sesuai bagi yang alergi kepada anaestetik setempat yang lain. Namun ia hanya digunakan di luar kulit dan tidak sesuai digunakan di dalam kulit kerana toksik:

1. Dibucaine
2. Dyclonine Hydrochloride
3. Praxomine Hydrochloride

Ubat bius khusus untuk mata (tidak memedihkan mata)
1. Proparacaine
2. Tetracaine

Catatan:
Ubat bius ester = banyak yang menyebabkan alergi kerana penghasilan derivatif PABA.
Ubat bius amide = banyak yang dimusnahkan di hati dan tidak sesuai bagi yang mempunyai penyakit hati. Kata kunci amid (:sex)



 
Hak Milik KesihatanOnline.Com. Powered by Blogger.