*Artikel ini diperoleh dari: http://addhaif.blogspot.com/2011/04/menundukkan-pandangan.html
Gambar dari: pmr-science.wikispaces.com
Tidak menjaga pandangan itu puncanya..!!
AlhamduliLLAH..ALLAH gerakkan tangan dan jari-jemari ana ni bagi melakar satu peringatan penting buat manusia khususnya umat ISLAM sekarang. Ana berasa wujud kepentingan dan keperluan untuk kita kembali berbicara tentang isu menundukkan pandangan. Satu perkara yang mungkin terlepas pandang atau dilihat ringan oleh sesetengah orang sehinggakan tidak timbul kesedaran tentang peri pentingnya menundukkan pandangan. Bahkan sesetengah orang lebih gemar menunding jari kearah kesalahan manusia-manusia namun tidak nampak akan kesalahan yang mereka lakukan.
"Huh..tengok lah tu,dah la tak pakai tudung pakai baju ketat pula..",rungut Pak Samad.
"Apa nak jadi anak muda sekarang,pakai baju tak cukup kain..nak kata miskin tak miskin.."
"Tengok tu..apa nak jadi remaja-remaja sekarang..hmm..pergaulan tak jaga langsung..susah-susah..",Pak Samad menjuihkan bibirnya sambil menunjukkan jari kearah sekumpulan remaja yang dilihatnya. Penjaja goreng pisang di Pantai Batu Baru itu mengelengkan kepalanya beberapa kali.
Ana hanya mengangguk. Ada benarnya apa yang dirungutkankan Pak Samad. Dua masalah yang cukup membimbang bagi remaja dewasa ini iaitu,tidak menutup aurat dan pergaulan bebas. Ehem..sudah lari dari tajuk ke ni..? Bukan..,ana bukannya hendak membicarakan tentang masalah ini,namun ia saling berkait. Serpertimana kata Imam Hassan Al Banna,kalau kamu inginkan orang yang menangis itu berhenti menangis, halanglah si pemukul dari terus memukul.Maksudnya selesaikan puncanya dahulu. Darimana puncanya masalah ini..? Dan kenapa ia boleh berlaku..? Maka persoalan itu akan berbalik kepada tajuk yang akan kita bincangkan,iaitu menundukkan pandangan.
Firman ALLAH s.w.t dalam surah An-Nur ayat 30-31.
" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. "
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Surah An Nur,ayat 30-31..
Kelebihan Menundukkan pandangan..
Al-Quran sebenarnya telah pun menjawab persoalan ini. Bagaimana kaitan antara menjaga aurat , menundukkan pandangan dengan kehormatan diri. ALLAH s.w.t menggariskan kepentingan menundukkan pandangan bagi memperoleh ganjaran kemulian di dunia dan di akhirat.RasuluLLAH sendiri pernah bersabda..:-
Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis, siapa yang meninggalkannya karena takut kepadaKu maka akan Aku gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya..
(HR ath-Thabrani dan al-Hakim)
Orang-orang beriman yang menjaga pandangan dengan tidak memandang kepada sesuatu yang haram akan dijanjikan dengan kemanisan Iman sebagai ganti kepada amal tersebut.
Hati akan dan pemikiran akan kotor jika tidak menundukkan pandangan..
Sahabat-sahabat yang yang dikasihi ALLAH sekelian..
Betapa sukarnya untuk membersihkan hati kita apabila ia telah kotor. Begitu juga dengan pemikiran yang dijajah dengan virus-virus yang mengeruhkan pemikiran kita. Dan waktu itu kita akan berhadapan dengan pertarungan dengan nafsu yang amat sukar sehinggakan beberapa kali iman kita akan tumbang dan tumbang sehinggakan sukar untuk kita bangkit kemnbali.
Nafsu mula menguasai diri kita. Apabila nafsu telah menguasai diri,maka mulalah kita larut dengan maksiat,suka melakukan perkara-perkara yang melanggar syariat dan malas untuk melakukan kewajiban kita sebagai hamba ALLAH. Berseronok dengan perkara maksiat akan dianggap biasa. NauzubiLLAHi min zalik..
Cara menundukkan pandangan..
Mungkin ini yang menjadi persoalan buat ikhwan dan akhowat sekelian..khususnya sahabat-sahabat ikhwanlah kan. Bagaimana cara kita nak tundukkan pandangan..? Yang pasti bukanlah sampai memejamkan mata atau memandang lantai sahaja. RasuluLLAH s.a.w tercinta ada menyebut kepada Saidina Ali karamuLLAHu wajhah..
”Hai Ali! Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan pertama, adapun yang berikutnya tidak boleh”. (HR Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

Memang kita akui cubaan dan dugaan itu datang dari segenap sudut,tambahan pula kita sekarang berada di 'zaman bersosial hanya di rumah'. Internet dan laman-laman sosial yang wujud sekarang menyebabkan kita terlalu mudah untuk mendekati maksiat. Gambar dan video yang diupload amat menggoncangkan iman kita. Kita sedar bahawa sukarnya menjaga pandangan ketika situasi begini.Oleh itu,tundukanlah pandangan,tundukkanlah pandangan..tundukkanlah pandangan..maka ALLAH akan ganti dengan kemanisan Iman..!!!!!
Bukan kami membenci kamu,kami membenci jahiliah pada diri kamu..
Kami para da`ie menyeru kepada dengan nama ALLAH kepada insan-insan yang masih mendedahkan auratnya, tutuplah aurat kamu kerana kami benci melihatnya..dan buat kita semua tundukanlah pandangan..tundukkanlah pandangan.. dan bagimu kemanisan Iman,kesucian hati dan pemikiran, dan kehormatan diri serta kemuliaan..Bukan kami membenci kamu,bahkan kami sayangkan kamu,kami hanya membenci kejahilan yang masih membelenggu diri kamu..Ayuhlah bersegeralah kepada keampunan ALLAH s.w.t,DIA sentiasa menantikan hamba-NYA untuk pulang kepadanya..bertaubatlah dan istiqamah lah dengan tersebut..
Sesungguhnya Taubat di sisi Allah hanyalah Taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang Kemudian mereka bertaubat dengan segera, Maka mereka Itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana (An-Nisa’:17)
wALLAHu `alam..,
nukilan naqiuddin ansaruLLAH..
~best r laptop baru ni..mantop..!!huhu~
~amalkan..dan istiqmah dengan amalan..=)~
Anda mungkin juga meminati: