Tisu nodus Limfa (Lymph node) yang dipenuhi dengan sel kanser Lymphoma (CLL)
gambar dari: Wikipedia
Leukemia jenis Chronic Lymphocytic (CLL) adalah merupakan leukemia yang paling kerap berlaku (25% daripada kes leukemia) dengan nisbah lelaki lebih daripada perempuan sebanyak 2:1. Pneumonia (radang paru paru merupakan pencetus utama leukemia ini berlaku)
Simptom Simptom
Biasanya tiada tanda tanda untuk individu yang menghadapi CLL, namun dilaporkan juga simptom berikut terlibat dengan CLL:
- Anemia
- Berpeluh
- Tidak selera makan
Tanda tanda:
- Terdapat nodus limfa dekat leher yang membesar dan tidak sakit
- Hati menjadi besar
- Limpa (spleen) menjadi besar - splenomegaly
Ujian yang patut dijalankan:
- Ujian Lymphocytes untuk melihat bilangan Lymphocytes dalam darah
- Ujian untuk memastikan sumsumtulang bebas dari sel kanser (marrow infiltration)
- Ujian untuk melihat paras Sel darah merah, sel darah putih dan platelet (sel beku darah)
Kesan CLL:
- Kemusnahan sel darah merah hasil autoimune (antibody badan membunuh sel darah merah sendiri)
- Jangkitan oleh pelbagai jenis kuman, terutamanya Herpes Simplex.
- Kegagalan sumsum tulang.
Kematian dalam individu yang menghidap penyakit ini adalah biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman (radang paru paru) termasuk:
- Pneumococcus
- haemophilus influenzae
- meningococcus
- Candida
- aspergillosis
- Boleh berubah kepada Lymphoma yang agresis (Richter syndrome)
Rawatan:
- Individu dirawat dengan Fludarabine+Cyclophosphamide
- Alemtuzumab
- Steroid (untuk mengurangkan efek autoimun dalam pemusnahan sel darah merah)
- Radioterapi untuk memusnahkan kanser pada limpa (spleen) dan nodus limfa (lymph nodes)
Peluang sembuh (undang undang 1/3):
- 1/3 daripada pesakit mengalami penyakit yang tidak berkembang, dan lebih mudah sembuh
- 1/3 daripada pesakit mengalami penyakit yang berkembang
- 1/3 daripada pesakit mengalami penyakit yang sangat cepat berkembang (rapidly progressive)
Sumber:
OHCM
