Gambar pembentangan penyakit CML di Kucing, Sarawak
Gambar dari: http://mymaxfamily.blogspot.com
Chronic Myeloid Leukemia bermaksud:
Kronik = Penyakit yang berlangsung dalam tempoh yang amat panjang
Myeloid = Penyakit itu berpunca daripada sel yang terdapat pada sumsum tulang
Leukemia = Leukos (putih) mia (darah) = sel darah putih
Ia merupakan penyakit kanser sel darah putih yang berasal daripada sumsum tulang yang berlaku dalam tempoh yang amat panjang. Disebabkan proses pembentukan kanser ini berlaku dalam masa yang amat panjang, ia tidaklah sebahaya leukemia akut yang mana berlaku dalam masa yang amat cepat dan merupakan kes kecemasan dalam perubatan.
Chronic Myeloid Leukemia (CML) ialah kanser sel darah putih yang berpunnca daripada pembiakan sel darah putih yang tidak terkawal dalam sumsum tulang. Sel granulocyte adalah antara yang utama terlibat dalam kes CML ini. Kanser ini berlaku biasanya dalam orang yang berumur daripada 40 hingga 60 tahun dan bilangan pesakit lelaki adalah lebih banyak daripada pesakit wanita. Ia amat jarang sekali berlaku pada budak budak.
Dalam masalah ini, biasanya pesakit selalu dikaitkan dengan mutasi pada Chromosom Philadelphia (ia berlaku lebih daripada 80% pesakit) dimana kromosom ini menunjukkan pertukaran antara kromosom 9 dan 22.
Kromosom Philadelphia dengan FISH (Fluoroscence In-Situ Hybridization)
Gambar dari Wikipedia
Simtom simtom:
- Demam, panas badan
- Berpeluh melampau
- Menghidap gout (akibat pengumpulan uric acid)
- Limpa (spleen) menjadi besar
- Pendarahan berlaku
Tanda tanda:
- Limpa menjadi besar (splenomegaly)
- Hepatomegaly
- Anemia
- Bruising
Biasanya individu yang menghidap penyakit ini dapat terus hidup selama 5 hingga tahun. Terdapat 3 peringkat penting bagi penyakit ini:
- Proses kelangsungan simtom yang berlangsung secara kronik (selama beberapa bulan atau tahun)
- proses pemecutan simtom yang berlangsung dengan cepat dan menampakkan tanda tanda yang semakin banyak seperti saiz limpa (spleen) yang semakin membesar.
- Transformasi 'Blast' (blast transformation) yang menunjukkan tanda tanda leukemia akut dan diakhiri dengan kematian.
Rawatan:
Kemoterapi
- Imatinib
- cytarabine
- alpha-interferon
- Dasatinib (jika berlaku perubahan ke peringkat Transformasi Blast dan jika tidak dapat bertahan dengan ubat imatinib)
Perlu diingatkan, sekiranya leukemia sudah memasuki peringkat terakhir iaitu Transformasi Blast, maka keupayaan kemoterapi adalah amat terhad dan dicadangkan individu ini menjalani transplan sumsum tulang untuk menghapuskan sel darah putih sedia ada dan memasukkan dengan sel darah putih yang baru..
Rujukan: OHCM
