Jangkitan Virus, Jangkitan Bakteria atau Alergi??


Bila seseorang mendapat sakit, seseorang mungkin tertanya tanya adakah jangkitan yang dialaminya adalah virus ataupun bakteria, ataupun mungkin alergi?

Jangkitan virus biasanya berlaku dalam masa yang pendek iaitu 2 ke 3 hari manakala jangkitan bakteria biasanya mengambil masa yang agak lama untuk baik biasanya lebih daripada 7 hari (seminggu).

Jangkitan virus biasanya mendatangkan kesan ke seluruh badan seperti sakit sakit sendi dan otot manakala jangkitan bakteria pula lebih bersifat setempat seperti tempat berlaku luka, gusi bengkak bernanah, jangkitan di pinggul dan lain lain.

Gambar menunjukkan seorang saintis melakukan kajian virus Influenza H5N1. Virus jenis ini pernah menyerang Malaysia tidak lama dahulu.

Jangkitan virus biasanya menyebabkan batuk (yang kering) dan selesema manakala jangkitan bakteria, bergantung pada punca penyakit, biasanya tidak menyebabkan batuk dan selesema (melainkan jangkitan paru paru dan salur pernafasan).

Jangkitan virus akan menghasilkan kahak atau hingus yang tidak berwarna atau warna keputihan. Jangkitan bakteria pula (sekiranya menyebabkan batuk dan selesema) akan selalunya menghasilkan kahak berwarna hijau, kuning atau putih). Walaubagaimanapun, terdapat jangkitan bakteria 'secondary' yang menjangkiti individu selepas serangan virus, dan kesannya ialah manifestasi kedua dua jenis jangkitan ini.

Jangkitan virus tidak dapat disembuhkan dengan antibiotik (melainkan untuk mengelakkan jangkitan bakteria 'secondary' seperti yang disebut di atas. Jangkitan virus biasanya dibiarkan sembuh sendiri dan rawatan adalah bagi mengelakkan kuman lain daripada menambahburuk penyakit yang sedia ada. Jangkitan bakteria pula elok sekiranya menggunakan antibiotik..

Tetapi kita juga harus peka untuk membezakan jangkitan virus dengan alergi salur pernafasan. Alergi salur pernafasan juga boleh menyebabkan selesema, demam, dan lemah badan. Tetapi alergi dapat dikenalpasti sekiranya seseorang itu peka dengan faktor yang menyebabkan penyakitnya semakin teruk atau apa yang dilakukannya yang membolehkannya jadi lebih sihat. Sebagai contoh, saya mempunyai alergi terhadap habuk 'dust mite', saya selalu perasan, sekiranya saya masuk ke dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang teruk dan jarang di vakum, saya mudah mendapat bersin dan selesema dan demam. Bila saya keluar daripada bilik tersebut, saya kembali sembuh hampir serta merta. Jadi ia lebih mencadangkan alergi berbanding jangkitan virus. Rawatan untuk alergi ialah corticosteroid atau anti-histamine.

Gambar menunjukkan 'Skin Prick Test' sejenis ujian untuk menguji punca penyebab alergi. Senarai punca alergy akan diuji pada kulit untuk melihat adakah seseorang itu alergi pada sesuatu bahan tersebut (habuk, bunga, telur, makanan laut, dll.) atau tidak.


Harap ia membantu :)

 
Hak Milik KesihatanOnline.Com. Powered by Blogger.