Katarak merupakan sejenis masalah mata kabur akibat kerosakan pada kanta mata. Kerosakan pada kanta mata ini berlaku akibat beberapa punca yang mengakibatkan keputihan pada kanta. Antara punca paling utama yang menyebabkan kanta mata terjejas dan menjadi putih ialah penuaan. Semakin tua seseorang itu, semakin tinggi kemungkinannya untuk mendapat penyakit katarak. Apabila umur semakin meningkat, semakin banyak protein dalam kanta mata yang 'denatured' (rosak) dan menyebabkan kanta mata yang jernih itu bertukar menjadi kabur dan putih.
Selain itu, kanta mata juga boleh berubah menjadi putih sekiranya mengalami trauma (kemalangan). Trauma menyebabkan perubahan keluar masuk air dalam kanta mata, yang seterusnya menyebabkan kanta mata membengkak dan kemudiannya mengakibatkan ia berubah warna menjadi putih.
Selalu terdedah dengan cahaya matahari juga antara sebab mengapa seseorang itu boleh menghidap masalah katarak. Sinar UV adalah sinar yang menyebabkan perubahan pada kanta mata dan ia menyumbang kepada kerosakan kanta mata.
![]() |
Gambar menujukkan sinar matahari petang. Sinar UV paling banyak berlaku pada waktu pagi dan petang. Seseorang itu dinasihatkan memakai cermin mata hitam sekiranya mempunyai risiko katarak. |
Terdapat beberapa faktor genetik yang menyumbang kepada masalah katarak antaranya termasuk Patau. Turner dan Down syndrome.
Sebahagian penyakit kulit juga dikatakan meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghidap masalah katarak. Antara penyakit kulit yang meningkatkan masalah katarak termasuk penyakit Atopic dermatitis (sejenis alergi), eczema (sejenis alergi) dan Pemphigus (sejenis penyakit autoimun).
![]() |
Gambar menunjukkan katarak pada kedua dua mata kanak kanak ini. Sekiranya ia tidak dibetulkan sewaktu kecil, ia boleh menyebabkan buta seumur hidup (dalam kanak kanak) |
Rawatan katarak biasanya melibatkan pembuangan kanta mata yang telah kabur tersebut. Kanta mata yang telah kabur itu akan dicairkan menggunakan ultrasound (emulsified) dan kemudiannya disedut keluar menggunakan alat sedut khas. Kemudian, kanta sintetik akan diletakkan dan ditetapkan kedudukannya di hadapan iris bagi menggantikan kanta yang telah dibuang tadi. Sedikit lubang halus akan ditebuk pada iris untuk membolehkan air daripada mata dalam keluar ke mata depan untuk mengelakkan intraocular pressure (tekanan dalam mata) untuk mengelakkan glaukoma (closed angle glaucoma). Pembedahan mengambil masa 20 minit.