Salam saudara saudari. Hari ini KesihatanOnline mahu berkongsi tentang masalah kesuburan.
Menurut statistik, sebanyak 90% pasangan yang sudah berkahwin mempunyai sekurang kurangnya 1 anak dalam masa 3 tahun pertama perkahwinan. Ini bermakna, hampir semua pasangan mempunyai anak dalam masa 3 tahun.
Namun, bukan semua pasangan adalah bernasib baik seperti kebanyakan yang lain. Terdapat pasangan yang walaupun sudah bernikah selama 10 tahun, tetapi masih tidak mempunyai anak. Jadi ramai yang tertanya tanya, di manakah silapnya bukan?
Masalah kemandulan boleh terjadi samada pada pihak lelaki mahupun perempuan. Jadi tidak boleh disalahkan mana mana pihak sekiranya pasangan tersebut sukar mendapatkan cahaya mata. Ini kerana pasangan lelaki dan perempuan mempunyai risiko untuk mengalami ketidaksuburan.
Sistem peranakan wanita terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu:
- Hormon (HPOS- Hypothalamus Pituitary Ovarian System)
- Ovari
- Laluan telur/ovum (rahim dan tiub falopian)
![]() |
Gambar menunjukkan struktur organ peranakan perempuan. Untuk perhatian, 'ovaries' adalah kilang telur (ovum). |
Mana mana kerosakan pada komponen yang disebut di atas boleh menyebabkan kemandulan dalam wanita. Hormon boleh terjejas sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah seperti stres, anorexia (tidak mahu makan), tumor di otak (kawasan pituitary), terlebih estrogen dalam badan (obesiti), terlebih hormon prolaktin dan hyper atau hypo tyroid.
Ovari pula boleh menjadi punca kemandulan dalam wanita apabila ovari tersebut mengalami masalah PCO (Polycystic ovary syndrome). Polycystic Ovary Syndrome ialah sejenis penyakit yang merosakkan ovari. Dalam orang yang mempunyai masalah ini, mereka mempunyai ovari yang besar dan mempunyai pundi pundi berisi air (cyst) yang menghalang ovum keluar. Selain kemandulan, penghidap penyakit ini mempunyai masalah hirsutism (bulu roma yang melebat, misai), kegemukan, pendarahan haid dan kencing manis. Penyakit ini adalah serius namun kemandulan masih boleh diatasi dengan ubat ubatan (seperti Clomifen, Metformin dan penggunaan elektrik LOD).
Ubat clomiphene Citrate (CC) yang menggalakkan penghasilan hormon FSH. Hormon ini penting untuk penghasilan telur/ovum.
Antara faktor yang menyumbang kepada kemandulan seorang wanita ialah laluan ovum yang terganggu. Ovum sebelum disenyawakan, harus keluar daripada ovari untuk masuk ke dalam tiub falopian dan seterusnya meneruskan perjalanan ke rahim dan membesar. Dalam perjalanan ovum ke rahim inilah ovum tersebut disenyawakan dan menjadi zygot (setompok sel yang membentuk seluruh badan manusia). Sekiranya perjalanan ovum terganggu, maka ovum ini tidak dapat berjumpa dengan benih lelaki untuk disenyawakan. Dan ini boleh menyebabkan kemandulan.
Antara punca tersekatnya perjalanan ovum ini ke rahim ialah terdapatnya parut kesan jangkitan bawaan seksual (penyakit yang terhasil daripada jangkitan seks bebas). Bakteria Chlamydia, Gonorrhea boleh menyebabkan radang yang amat serius pada rahim dan tiub falopian wanita dan menyebabkan kemandulan.
Selain itu, masalah ketumbuhan dalam rahim seperti fibroid (leiomyoma) boleh menghalang ovum untuk membesar di dinding rahim dan menanggalkan 'bayi' baru yang melekat di dinding rahim itu. Selain itu juga, bentuk rahim yang luar biasa juga beroleh menghalang kesuburan seorang wanita.

Dalam lelaki pula, kemandulan berpunca daripada kelemahan sperma bergerak (motility dysfunction), salur peranakan lelaki yang tersumbat (akibat jangkitan seksual), kehilangan salur peranakan/vas deferens (contohnya dalam penghidap cystic fibrosis) dan masalah lain seperti Kerosakan bahagian peranakan dalam otak (kelenjar putuitary). Kelenjar pituitary, sekiranya rosak boleh menyebabkan kurangnya penghasilan hormon tertentu dan menyebabkan pengurangan sperma (hormon itu adalah testosteron).
Jadi sekiranya saudara / saudari mempunyai masalah sukar mendapatkan anak, saudara dan saudari harus berlapang dada dan tidak menyalahkan satu sama lain. Rawatan yang disediakan sangat meluas dan berkesan (sebanyak 30% berjaya mendapatkan anak dengan rawatan tersebut). Rawatan termasuk IVF dan terapi hormon dan ubat ubatan (ini akan dibincangkan di post yang lain)..