Salam sejahtera. Hari ini kesihatanOnline ingin berkongsi tentang satu masalah besar yang melanda ibu ibu. Dianggarkan sebanyak 20 dalam 1000 orang ibu yang mengalami masalah keguguran kandungan. Gugur kandungan sememangya mengecewakan banyak ibu ibu.
Namun sebenarnya kebanyakan individu yang gugur kandungan tidak pun tahu bahawa mereka mengandung sehinggalah tanda tanda keguguran bermula. Kebanyakan keguguran berlaku pada trimester pertama (3 bulan pertama) mengandung dan berkurangan pada trimester kedua dan amat jarang berlaku pada trimester ke-3. Pada Trimester ketiga pada kebiasaanya keguguran tidak berlaku kerana bayi pada waktu ini sudah boleh dilahirkan menggunakan pembedahan caesarian (C-section).
Punca utama keguguran tidak lain tidak bukan ialah umur. Umur ibu yang semakin meningkat memberi kesan kepada bayi, dan kesannya menyebabkan lebih banyak keguguran. Menurut statistik, wanita berumur 40 mengalami keguguran 2 kali ganda berbanding yang berumur 20 tahun. Ini suatu jumlah yang amat besar. Umur yang semakin meningkat dikaitkan dengan kerosakan komponen genetik yang lebih besar. Ibu yang sudah berumur mempunyai kebarangkalian memiliki kromosom (komponen genetik) yang rosak dan menyebabkan lebih tinggi kebarangkalian sindrom Down, Turner dan keguguran.
Selain faktor umur, faktor persekitaran juga memainkan faktor yang amat besar. Merokok boleh menyumbang kepada peningkatan kadar keguguran bayi. Selain itu, Individu yang terlibat dengan seks bebas sememangnya mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mengalami keguguran. Hypothyroidism (kandungan tiroid rendah dalam darah) juga menyumbang kepada masalah keguguran.
Sekiranya seseorang ibu itu terdedah dengan bahan toksik merbahaya, ibu tersebut juga mempunyai kebarangkalian untuk mengalami keguguran. Antara bahan toksik merbahaya termasuk Merkuri, Lead (dalam asap kereta), Kadmium dan lain lain. Wanita yang mengalami endometriosis juga mengalami masalah keguguran yang lebih tinggi berbanding yang tidak mempunyai penyakit ini.
Selain itu, sesetengah ibu mengandung kadang kala mengalami keguguran tanpa sebab yang jelas nyata. Ada yang mengalami keguguran sehingga 2 ke 3 kali berturut turut. Sekiranya ini berlaku, kemungkinan untuk ibu tersebut mengalami keguguran pada kandungan seterusnya adalah amat besar.
Teknik rawatan adalah bergantung kepada punca sebenar yang menyebabkan keguguran bayi. Doktor pakar akan melakukan penyiasatan keatas ibu yang didapati mengalami keguguran berulang dan memberikan nasihat dan rawatan kepada mereka.