Masalah Takut Sakit (Hypochondriac)


*Artikel berdasarkan soalan pengunjung

Seorang pengunjung bertanya tentang masalah yang dihadapinya. Beliau sering risau sekiranya mendapat penyakit jantung dan selalu rasa berdebar debar. Beliau melakukan beberapa pemeriksaan jantung dan darah untuk memeriksa sekiranya benar benar memiliki masalah pada kesihatannya. Doktor mengesahkan beliau tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan melainkan tekanan darah tinggi. Menurutnya lagi, tekanan darah tinggi tersebut bukanlah bermakna beliau benar benar mempunyai tekanan darah tinggi tetapi berlaku boleh jadi kerana beliau berlari lari sebelum sampai ke klinik/hospital untuk membuat ujian tekanan darah. Beliau mengadu sakit tegang leher dan jantung berdegup kencang, dan merasa lebih baik setelah berborak borak. Sakit biasanya tidak berlaku sewaktu bangun tidur dan jadi semakin teruk pada waktu petang.

Gambar Hiasan

Jawapan saya adalah seperti berikut:

Salam alaikum saudara *** ***.
Perkara pertama yang saya nampak berlaku pada saudara ialah masalah anxiety, sejenis masalah yang menyebabkan kerisauan yang kadang kala tidak jelas puncanya. Ia memang berlaku dalam segelintir individu samada disebabkan oleh masalah kelebihan hormon tiroid, cortisol mahupun hormon katekolamin (cathecolamine-dalam pesakit pheochromocytoma) dan ia boleh juga jadi tanpa sebab yang nyata (seperti dalam pesakit psychiatry). 

Boleh jadi masalah yang dialami saudara sebenarnya berasal daripada tanggapan negatif saudara sendiri pada status kesihatan saudara. Apabila seseorang sentiasa menyangka bahawa dia mengalami sakit jantung, dia akan lebih sensitif pada banyak perkara yang orang lain tidak perasan berlaku pada diri mereka. Contohnya, apabila seseorang percaya dia sakit jantung, maka dia akan lebih peka pada degupan jantung dan terasa jantung seperti berdegup dengan lebih kuat. Kerisauannya menyebabkan dia terasa seolah olah dia ada sakit jantung. Ini dipanggil Somatoform disorder (lebih spesifik lagi: Hypochondriac). Kerisauan yang saudara alami boleh menyebabkan masalah saudara kelihatan lebih real dan semakin teruk. Perkara ini memang benar benar berlaku dalam segelintir masyarakat.

Oleh itu, saya sarankan saudara melakukan ujian hormon cortisol, tiroid, buah pinggang, katekolamin, tekanan darah pada tangan dan kaki untuk memeriksa sekiranya benar benar mengalami masalah hormon. Sekiranya saudara disahkan tidak mengalami masalah ini, maka saudara perlu yakin yang saudara mempunyai masalah anxiety (hypochondriac) dan perlu berjumpa psychiatrist untuk meminta ubat anxiolytics sekiranya perlu. 


Yang lebih baik adalah saudara perlu tenang dan bertawakal kepada Allah. Saudara perlu yakin sekiranya saudara melakukan yang terbaik untuk menjaga kesihatan saudara, maka ianya adalah baik dengan izin Allah. Jangan terlalu takut sangat dengan penyakit yang belum pasti, kerana dikuatiri takut itulah sebenarnya yang boleh membawa penyakit kepada saudara.



Harap saudara jelas. =) sekiranya ada soalan, boleh bertanya lagi..

Salam alaikum

 
Hak Milik KesihatanOnline.Com. Powered by Blogger.