Secara amnya, perubahan yang berlaku pada sistem badan para ibu berlaku disebabkan oleh perubahan penghasilan hormon, contohnya hormon estrogen dan progesteron yang tinggi sewaktu kehamilan. Kesannya boleh diperhatikan pada seluruh sistem badan seperti sistem peredaran darah & jantung, pernafasan, reproduktiv, pencernaan, perkumuhan, kulit, tulang dan gigi.
1. Sistem peredaran darah dan jantung
- Kandungan darah meningkat sebanyak 25% dan darah menjadi cair, ini untuk membolehkan darah dihantar kepada placenta (uri) bayi. Placenta adalah tisu yang menghubungkan kandungan dan rahim ibu serta berfungsi untuk menghantar oksigen, nutrien kepada kandungan serta menyingkirkan karbon dioksida serta bahan kumuh yang lain.
- Urat (vein) ibu kelihatan mengembang dan besar - spider vein.
2. Sistem pernafasan
- Rahim ibu yang semakin membesar menyebabkan diaphragma ditolak ke atas, maka ibu yang hamil biasanya bernafas lebih dalam dari biasa, dan lebih laju dari biasa.
3. Sistem reproduktiv
- Saiz rahim (uterus) meningkat dari 30g ke 1000g di akhir kehamilan.
- Cervix (pangkal rahim) menipis dan memanjang
- Vulva dan vagina (faraj) berubah warna kemerahan/kebiruan dan banyak lelehan (discharge) dihasilkan
- Ovary tidak menghasilkan telur (ovum)
- Saiz payudara membesar, terasa tegang, penghasilan kolostrum kerana bertambah kandungan prolaktin menyebabkan kelenjar susu lebih aktif berbanding sebelum kehamilan.
4. Sistem pencernaan
- Metabolisma badan meningkat kerana lebih banyak nutrien diperlukan untuk ibu dan bayi.
- Berat badan bertambah disebabkan peningkatan jumlah darah
- Refluks atau muntah disebabkan tekanan pada bahagian perut (rahim yang membesar) dan perubahan hormon.
- Sembelit.
5. Perkumuhan
- Selalu ke tandas untuk membuang air kecil kerana tekanan pada bahagian rahim terhadap pundi kencing. (frequency)
6. Kulit
- Pigmentasi (penggelapan) pada bahagian tertentu seperti muka dan leher (chloasma), bahagian pelipat serta perut, linea nigra lebih jelas (dari pusat ke bawah pubis).
- Selulit (stretch mark), ruam, gatal, bintik-bintik, jerawat kerana kulit menipis dan meregang.
7. Tulang & gigi
- Keperluan kalsium yang tinggi untuk membina tulang dan badan bayi menyebabkan ibu untuk mengambil lebih banyak keperluan kalsium dari biasa. Jika tidak, terdedah kepada kerapuhan tulang dan gigi.
- Pinggul/punggung melebar kerana regangan ligament disebabkan oleh rahim yang membesar.
8. Edema
- Bengkak air pada bahagian kaki terutamanya kerana darah lambat mengalir daripada kaki ke jantung disebabkan tekanan pada bahagian abdomen ke atas urat.
- Jika bengkak pada lengan dan muka, haruslah segera merujuk kepada doktor, dibimbangi pre-eclampsia yang boleh menjejaskan kandungan.
Walaubagaimanapun, perubahan ini tidak kekal, ia akan kembali seperti sedia kala setelah ibu melahirkan kandungan.